PETALING JAYA – Seorang wanita mengamuk, pekerja asing di sebuah pasar raya besar di Semenyih, Selangor didakwa menjual gula pasir subsidi kepada rakan senegaranya. Menurut Narima Basir, pekerja tersebut menjualnya secara ‘bundle’ yang mengandungi 12 pek kepada pelanggan asing terbabit
Tambahnya, ketika dia juga hendak membeli gula tersebut, pekerja terbabit memaklumkan bekalan sudah tiada dan hanya menjual jenis premium. “Tengok ya, aku minta tadi nak beli gula, dia kata ada yang harga RM4.20 (gula premium), memang nak kena dengan aku. “Tadi ada pelanggan warga asing datang beli satu bundle besar gula merah RM2.80. Kita (orang tempatan) kena beli RM4.20. Tapi orang asing aku nampak bawa troli boleh beli satu kotak gula merah CSR,” katanya di Facebook. Bercerita lanjut, wanita terbabit memberitahu, selepas mendesak pekerja di pasar raya tersebut, akhirnya dia diberikan satu ‘bunlde’ gula putih subsidi.
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu ‘bundle’ gula. Mana aku nak cari pelanggan asing tadi. Cepat-cepat dia ambil, cepat-cepat dia pergi. Kena maki dengan aku baru dia (pekerja asing) keluarkan. Dia kroni bagi kawan-kawan dia sahaja,” luah wanita itu. Dakwa wanita itu lagi, pekerja di pasar raya terbabit sengaja menyorokkan bekalan gula putih subsidi agar pelanggan yang datang terpaksa membeli jenis premium sahaja. Dia juga mendesak pihak berwajib terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan segera meninjau pasar raya tersebut agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan. –CARI Sumber: Kosmo
|
dani-rox replied at 27-10-2023 06:24 PM
oohh baru tahu kerja pasaraya termasuk kategori 3D.
kesian rakyat malaysia dah la kena gaslighting ...
Firenzza replied at 27-10-2023 06:42 PM
Mmg keja kt pasaraya sgt berisiko sis.....kotor, geli, blh meletup dan berlaku kebocoran gas sbb ...
iolss replied at 27-10-2023 06:17 PM
Maneger mana... floor manager pon bangla ke canoooo
ADVERTISEMENT