CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sazzy Falak Enggan Jadi Hos Cipta Kontroversi

25-10-2023 01:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1875| Komen: 13

Akhir-akhir ini banyak pula gosip ‘panas’ melibatkan hos-hos program popular dan dikatakan penerbit yang menyuruh lakukan ‘isu’ agar disebut ramai.


Kerana sudah berada dalam industri seni untuk waktu yang lama, Sazzy Falak tidak akan menjadi hos program yang melakukan ‘gosip murahan’ agar program tersebut jadi ‘hot’ di setiap platform.



"Saya tidak akan akan jadi hos program yang suka cipta gosip.


"I have my values.


"Sebab itulah saya pilih menjadi hos untuk Women's Talk.


"Mungkin ia tidak sebesar program lain yang tapi Women's Talk ada isu serius yang dibincangkan " katanya menerusi temu bual bersama HibGlam.


Dalam pada itu, bekas pengacara Muzik-Muzik pada tahun 2000 berkata dirinya mempunyai ‘harga’ apabila menjadi pengacara untuk program TV dan sama sekali tidak akan melakukan kontroversi ‘murahan’.


Tambahannya lagi, disebabkan kini dia sudah pun menjadi ibu, imejnya sangat penting kerana tidak mahu anak-anak mencontohi hal buruk.


Sekadar info, Janna Nick teruk dikecam ramai susulan didakwa memerli Elly Mazlein yang ketika itu menjadi hos All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tetapi tuan badan merasakan dirinya tidak bersalah dan hanya mengikut skrip yang sudah disediakan saja.



Sumber: Beaurifulnara, HibGlam



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 25-10-2023 01:20 PM
dia ni dari muda sampai la ni maintain comel….
Quote gerbera.memopad 25-10-2023 01:28 PM
Actually Astro banyak hos yang best dedulu. Sazzy, Yasmin Hani, Catriona Ross, Jimmy. Fahrin pun pernah jadi hos Astro jua kan.
Quote Shahman86 25-10-2023 03:10 PM
Ohh baru tau dia ni bekas pengacara muzik2 juga ye.ingt cheryl samad aje.
Quote shernazz 25-10-2023 03:17 PM
Sazzy Ni mengacara english n Bahasa melayu okay Sama MCM Cheryl n sarimah...
Quote Realpeople17 25-10-2023 03:37 PM
Beza kan pengacara bukan pelawak and pengacara pelawak. Dulu2 best je tgk pengacara2 kat astro. Wpun dorang bukan pelawak, tetap best. Yasmin hani smpai skang teringat ingat lg dgn tagline ”watchaa" dia tu. Satu lg zainal alam kadir. Pun best. Rindu la astro dulu2.
Quote kucingitam 25-10-2023 03:41 PM
jangan lupa pengacara dolu..haflin.. Salaamm Bollywood.
Quote kucingitam 25-10-2023 03:42 PM
sazzy geng2 classy...haruslah tak layan gimmick2 murahan ni semua..
Quote kotakominami 25-10-2023 03:55 PM
Yg bodo2 ni biasenye bukan asal kerja diorang sebagai host makanye formal training takde.....lebih kepada asal boleh....
Quote kakakgarang 25-10-2023 04:30 PM
sheolls maintain letopzzz.. tak perlu mulut jahat perli hina org punn..  tak guna berpangkat haji hajah tapi mulut tak coverina
Quote eely_shana 25-10-2023 07:14 PM
Betul sangat2 tu
Quote cikenit2007 25-10-2023 08:43 PM
Betul sangat
Quote Hoola 25-10-2023 09:06 PM
class pngcara dolu2..90an, awal 2000an

pngcara la ni.. ya tuhannnnn
Quote None68 25-10-2023 09:09 PM
Mmg pengacara astro sebegitu, utk naikkan rating..xde kontroversi maka orang tak tgk rancangan diaorang la jawabnya.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045000 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top