Akhir-akhir ini banyak pula gosip ‘panas’ melibatkan hos-hos program popular dan dikatakan penerbit yang menyuruh lakukan ‘isu’ agar disebut ramai.
Kerana sudah berada dalam industri seni untuk waktu yang lama, Sazzy Falak tidak akan menjadi hos program yang melakukan ‘gosip murahan’ agar program tersebut jadi ‘hot’ di setiap platform.
"Saya tidak akan akan jadi hos program yang suka cipta gosip.
"I have my values.
"Sebab itulah saya pilih menjadi hos untuk Women's Talk.
"Mungkin ia tidak sebesar program lain yang tapi Women's Talk ada isu serius yang dibincangkan " katanya menerusi temu bual bersama HibGlam.
Dalam pada itu, bekas pengacara Muzik-Muzik pada tahun 2000 berkata dirinya mempunyai ‘harga’ apabila menjadi pengacara untuk program TV dan sama sekali tidak akan melakukan kontroversi ‘murahan’.
Tambahannya lagi, disebabkan kini dia sudah pun menjadi ibu, imejnya sangat penting kerana tidak mahu anak-anak mencontohi hal buruk.
Sekadar info, Janna Nick teruk dikecam ramai susulan didakwa memerli Elly Mazlein yang ketika itu menjadi hos All Stars Gegar Vaganza (ASGV) tetapi tuan badan merasakan dirinya tidak bersalah dan hanya mengikut skrip yang sudah disediakan saja.
Sumber: Beaurifulnara, HibGlam
|