Georgetown: Remaja perempuan yang diselamatkan selepas terjun Jambatan Pulau Pinang semalam, dikatakan menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Terminal Bas Sungai Nibong, di sini. Dia bagaimanapun meminta pemandu berhenti di jambatan itu kerana mendakwa pening serta mahu muntah, sebelum hilang.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Hasrul Rizal Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 3.4 JPP menghala ke Georgetown pada 7.10 malam. Katanya, ketika pasukan tiba, remaja berusia 15 tahun itu sudah diselamatkan nelayan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP). "Remaja itu yang berasal dari Perlis menaiki kenderaan e-hailing dari arah Perai dan meminta pemandu berhenti di atas jambatan sebelum terjun. "Turut ditemukan ialah pakaian sekolah mangsa, bersama tag nama. Dia juga dipercayai menempah e-hailing menggunakan akaun individu lain kerana nama tertera tidak sama dengan tag namanya," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, pengusaha bot pancing, Hashim Mohd Said, 58, berkata, ketika menyelamatkan remaja perempuan itu, mangsa terapung dan tidak meronta, sebaliknya seperti terpinga-pinga. "Saya dan seorang lagi pembantu terus mengangkat mangsa ke dalam bot dan membawanya pulang ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum diserah kepada pihak berkuasa," katanya. Menurutnya, sebelum itu dia dihubungi rakan yang meminta menyelamatkan mangsa selepas dilihat jatuh ke dalam laut. Hashim adalah nelayan yang mengusahakan bot pancing selama 40 tahun, sudah menyelamatkan puluhan mangsa yang terjun dari JPP. "Bot kami sentiasa bersedia membantu menyelamat apabila diperlukan, selain turut membantu pasukan penyelamat mencari mayat mangsa yang hilang di laut," katanya. Sumber: Harian Metro
|
manehnya replied at 25-10-2023 09:03 AM
hebat gak dia leh terapong noh..
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...
Buritan: Smlm aku pi unit psikitrrik.. ...
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...
manehnya replied at 25-10-2023 09:03 AM
hebat gak dia leh terapong noh..
edayildiz replied at 25-10-2023 09:33 AM
akak buat apa pergi situ?
kwn opis i yg i tahu so far 3 org depress..
knp ek blh jd gitu..seriusly ...
grouper replied at 25-10-2023 09:26 AM
Klinik psikiatri gomen ni mmg terlalu sesak dah..nak jumpa doktor klau x kronik tu mmg berbulan ba ...
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...
Atata replied at 25-10-2023 12:07 PM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=977063&highlight=Jaga%2Borang%2Bsakit&mobile=2
...
ADVERTISEMENT