Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah pangsapuri dekat Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini memaklumkan seorang wanita yang juga bekas pendidik di sebuah sekolah swasta dikatakan terpaksa hidup sebagai gelandangan dan berkeliaran di sekitar Petaling Jaya kerana hilang punca pendapatan selepas diberhentikan.
Sekitar Mei 2023, beberapa bulan selepas dipecat sebagai guru, dia didakwa hanya bergantung kepada wang simpanan untuk membeli makanan melalui applikasi e-hailing. Tidak hanya itu, bekalan elektrik dan air di kediaman sewanya juga turut dipotong akibat bayaran tertunggak. Wanita tersebut enggan keluar rumah dan hanya mengunci diri dari dalam unit kediaman itu. "Dia meneruskan kehidupan dengan meminta ehsan jiran-jiran untuk memberikannya makanan dan minuman. "Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling telah melawat wanita itu di kediaman sewanya, namun dia tetap enggan keluar dari situ.
"Difahamkan, tindakan mengusir keluar hanya boleh dilakukan oleh pemilik unit tersebut, tetapi difahamkan pemilik ketika ini berada di Amerika Syarikat (AS)," katanya. Lebih malang, waris dan ahli keluarga kepada bekas guru itu didakwa sama sekali enggan bertanggungjawab dalam kes tersebut. Sekitar September lalu, pemilik unit melalui ejen yang dilantik bertindak memotong kunci dan terpaksa mengusir wanita tersebut dari kediamannya kerana tunggakan sewa dan pada masa sama mereka enggan menimbulkan masalah lain. Berdasarkan perkembangan terkini, wanita itu mula berkeliaran di sekitar pekarangan pangsapurinya untuk tidur dan mencari makanan dan tempat tinggal sejak Oktober lalu. JMB turut merayu pihak media untuk menguar-uarkan kisah ini agar kes tersebut mendapat perhatian segera dan nasib wanita malang itu juga terbela. —CARI Sumber: Majoriti
|
cutieslilies replied at 23-10-2023 04:41 PM
bawaklaa dia ke jkm..kurang terjaga makan minumnya...
Perwira2022 replied at 24-10-2023 07:49 AM
Tahniah pengundi2 PH.... Zaman Mahaldahni je krisis kemanusiaan tahap teruk macam ni berlaku..... In ...
Perwira2022 replied at 24-10-2023 07:49 AM
Tahniah pengundi2 PH.... Zaman Mahaldahni je krisis kemanusiaan tahap teruk macam ni berlaku..... In ...
ADVERTISEMENT