CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Perangai Anak Beranak Israel" Laluan Joging Awam Dibuat Kebun, Siap Pagar! Penduduk Setempat Kena Cari Tempat Lain Nak Beriadah

23-10-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3739| Komen: 34

Sebelum ini kerajaan menggalakkan pertanian bandar dilaksanakan dengan memanfaatkan tanah-tanah kosong dan terbiar 

Susulan itu ramai dah mendapatkan kebenaran daripada pihak bertanggungjawab termasuk majlis daerah masing-masing.


Namun berbeza dengan penduduk Indera Sempurna, Kuantan, Pahang apabila trek laluan joging yang sering digunakan dipagar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Melihatkan gambar tular yang dikongsikan, kawasan tersebut ‘ditutup’ kerana telah dijadikan kebun oleh individu tersebut.

Malah terdapat binaan pondok yang diletakkan di kiri dan kanan laluan berkenaan.

Menerusi hantaran yang dibuat, pelayar Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila laluan awam tersebut dijadikan hak individu.

“Laluan joging dipagar, buat macam tanah sendiri,” luahnya.


Foto: FB

Di ruangan komen, rata-ratanya meminta supaya aduan dibuat kepada pihak majlis daerah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.


“Muat turun i-Tegur dan buat laporan pada PBT (pihak berkuasa tempatan) guna aplikasi tu.

“#MajlisBandarayaKuantan ada orang curi tanah ni buat kebun.

“#majlisbandarrayakuantan jalankan kewajipan pergi cabut pokok-pokok dia tu... Dia bawa perangai anak beranak Israel datang sini,” ujar beberapa warga maya lagi.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen mencuit hati dengan mengatakan ia untuk penjoging yang advance.

Ada yang membuat suntingn pada gambar tersebut dengan meletakkan tangga.

“Dia suruh lompat tu... halangan berpagar, jangan ada halangan beranjing saja.

“Kalau ada anjing, kira larian pecut,” tambah beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang pelayar mendedahkan perumahan fasa tersebut mempunyai beberapa isu berkaitan hak awam yang dijadikan harta persendirian.

“Tak pelik, memang tempat tu tak boleh nak joging pun sebab apa? Sebab tasik tu pun dah jadi hak persendirian punya... dah dijadikan kolam memancing berbayar.

“Orang dalam fasa ni pun terpaksa joging kat tasik lain pula sedangkan ada tempat rekreasi sendiri yang orang sini pun tak boleh guna,” jelasnya.

Malah katanya, lebih mengejutkan apabila wujud palang menggunakan sistem RFID sedangkan fasa-fasa lain tidak melakukannya.

“Fasa ni ada ‘pak menteri’ duduk dalam tu agaknya.... tu yang buat sistem palang RFID konon dah tahap kondo.

“Bukan ada dalam perjanjian jual beli pun, kena b***h begitu saja. Laluan keluar masuk bukan main berpalang RFID ada pondok jaga, keliling lompong juga... orang boleh langkah longkang kalau nak masuk,” tambahnya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 23-10-2023 09:58 AM
Yg mengaku tuan punya kebun itu menyokong palastin atau seroel?
Quote koko2 23-10-2023 09:59 AM
geng k1@$u kah inni?
Quote wirazam 23-10-2023 10:05 AM
Report je kat Majlis perbandaran Dan viralkan...tgk diaorg ambil tindakan ke tidak?
Quote wirazam 23-10-2023 10:08 AM
Btw, nak bgtau last week dpt kat wassap group..kejadian kat Johor. Katanya kereta yg dipark diluar porch rumah kat taman perumahan kena denda...betul ke tidak? Kalau betul, tmn perumahan landed skrg nak kena buat tempt parking khas lar...skrg ni, satu rumah min 2 kereta ye..dgn lebar rumah 20 kaki..tak muat nak parking dua kereta dlm tuh
Quote pocongkiutss 23-10-2023 10:10 AM
Tuan punya kebun tu entah2 setiap masa setiap saat update pasal filastine tp lupa nk tgk diri sendiri mcm yizroel
Quote pocongkiutss 23-10-2023 10:11 AM
wirazam replied at 23-10-2023 10:08 AM
Btw, nak bgtau last week dpt kat wassap group..kejadian kat Johor. Katanya kereta yg dipark diluar p ...

Tak silap yg ni kt kwsn under pasir gudang ni
Quote wirazam 23-10-2023 10:13 AM
pocongkiutss replied at 23-10-2023 10:11 AM
Tak silap yg ni kt kwsn under pasir gudang ni

Betul ke situasi tu? Ke sekadar konten bbnu nak tambah tollower
Quote krustykrab 23-10-2023 10:38 AM
wirazam replied at 23-10-2023 10:08 AM
Btw, nak bgtau last week dpt kat wassap group..kejadian kat Johor. Katanya kereta yg dipark diluar p ...

Kalau nk sediakan tmpt khas utk kereta, sanggup ke korang nk bayar?
Quote wirazam 23-10-2023 12:48 PM
krustykrab replied at 23-10-2023 10:38 AM
Kalau nk sediakan tmpt khas utk kereta, sanggup ke korang nk bayar?

Byrlah..what to do..dari kena byr saman ...
Btw, ada je org yg jenis xnak byr..org mcm ni patut disuggestkan gi beli tanah lot pastu buat rumah yg ko make..pastu buatlah apa yg ko make buat dlm kwsn tanah lot ko tu
Quote krustykrab 23-10-2023 01:23 PM
wirazam replied at 23-10-2023 12:48 PM
Byrlah..what to do..dari kena byr saman ...
Btw, ada je org yg jenis xnak byr..org mcm ni patut di ...

Aku rasa nnt yg tak byr 90%. Mostly yg kereta lebih dari 1. Ujung2 bergaduh dgn jiran sb ambik lot jiran mcm kat apartment yg kena beli lot parking tu. Masing2 perangai pprt.  
Lebih baik pindah banglo kalau kereta ko byk. Tak menyusahkn jiran.
Quote otai_g 23-10-2023 01:25 PM
Ntah2 yg buat pgr Kebun tu ada link dgn majlis
Quote matchstick 23-10-2023 01:30 PM
bukan sehari dua punya kerja nk siapkan mini garden dia tu..masa tgh in progress takde sape2 tegur ke

ghisau kot ada yg terinspirasi nk buat kuil kt tgh2 taman awam plk lps ni
Quote airfilterkotor 23-10-2023 04:18 PM
Boleh geng dengan segelintir penghuni PPR taste T20 aras ground floor.
Quote iolss 23-10-2023 04:56 PM
nnt dah ada tindakan jgn lupa hupdateeeee oi. nk gak tgk apa jd hahaha
Quote Zeatyisaac 23-10-2023 08:17 PM
wirazam: Btw, nak bgtau last week dpt k ...

Kena buat parking bertingkat lah macam ni
Quote syamzana 23-10-2023 08:42 PM
krustykrab replied at 23-10-2023 01:23 PM
Aku rasa nnt yg tak byr 90%. Mostly yg kereta lebih dari 1. Ujung2 bergaduh dgn jiran sb ambik lot ...

mcm umah iols ni 2 parking pun ada yg tak cukup. management dah ckp yg ada lebih kereta nak beli parking lot boleh rm3k/setahun tp brp kerat je yg beli. yg lain2 main rembat je parking lot org yg ada 1 kereta tu.  baru semlm iols tgk voxy kene clamp giler beso benda tu kat form terselit dicermin kereta tulis parking ditempat yg salah

peel pelik2 ni ada dimana2 pelbagai bangsa dan tak kira status sosial.
Quote krustykrab 24-10-2023 09:52 AM
syamzana replied at 23-10-2023 08:42 PM
mcm umah iols ni 2 parking pun ada yg tak cukup. management dah ckp yg ada lebih kereta nak beli p ...

Mcm kwn iols la dok kat apartment. Sheol jarang balik situ, bila balik je ada la malaun yg park kat lot dia. Sheol letak palang kat lot tu, malaun tu block pulak depan lot tu...hareee sungguh pprt punya perangai. Mgmt dah bagi surat warning pun malaun tu tetap buat jgk.
Iols teringin nak tau samaada malaaun tu ikut kempen free palestin, boikot mekdi ke idok
Quote Supersirap 24-10-2023 10:31 AM
Tak agak-agak buat kebun di situ siap ada pintu lagi
Quote kemaruk 24-10-2023 10:38 AM
Bersangka baik

Maybe dia ada bela harimau

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top