CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikmal Amry Lawan Rasa Malu Demi Lakonan

22-10-2023 12:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6558| Komen: 25

Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan dia terpaksa melawan perasaan malu atas dasar minat terhadap bidang lakonan.

Pemilik nama sebenar, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 29, berkata, keadaan seperti itu sedikit sebanyak memberi kesan ketika menjayakan babak apabila tangannya berpeluh, jantung berdegup laju dan gemuruh.



Katanya, dia adalah seorang yang pendiam dan 'introvert' namun terpaksa melawan perkara itu demi terus berada dalam industri.

"Saya cabar diri melakukan perkara yang saya tak suka. Walaupun sedar saya 'introvert', tapi saya tetap lawan untuk mendapatkan hasil atau kepuasan.

"Saya perlu teruskan untuk dapat gaji bagi meneruskan hidup. Kalau saya tak buat kerja sebagai pelakon atau model, apa lagi yang saya mahu buat? Bagaimana untuk sara keluarga?

"Ini juga bidang pekerjaan yang saya ceburi dan menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskannya," katanya.


Mengulas lanjut, pelakon filem Pulau ini berkata, sekiranya ada sidang media yang memerlukan untuk berada atas pentas dan berhadapan dengan orang ramai, dia akan gementar.


"Saya ada ketakutan untuk berada atas pentas. Saya takut kalau perlu pegang mikrofon untuk bercakap depan orang ramai atau buat perkara yang tak pernah dilakukan.

"Tapi, bila sudah jumpa dan kenal dengan orang, itu tiada masalah dan saya selesa. Kalau dahulu, saya tak boleh dan memang akan berpeluh kalau berdepan dengan situasi seperti ini.

"Namun, selepas berkongsi dengan pelakon lain yang mempunyai masalah sama, saya banyak belajar cara untuk mengatasinya," katanya.

Ditanya kesukaran melawan perasaan takut, Ikmal berkata, ia sangat memenatkan terutama dari segi mental sehingga perlu mengambil masa lama untuk kembali aktif.

"Sampai satu tahap, saya rasa sudah tidak boleh berlakon. Ini kerana saya turut berdepan beberapa masalah lain.


"Kalau terjadi seperti itu, saya akan ambil langkah untuk diamkan diri dan berehat panjang daripada berlakon.

"Saya tak mahu paksa diri sebab kalau buat juga, ia akan jadi perkara sia-sia. Perkara ini masih berlaku sampai sekarang.

"Jadi, saya akan cuba perlahan-lahan bangkit dengan luangkan masa dengan keluarga atau balik kampung," katanya.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-10-2023 12:55 PM
Aku pon klu depan camera terus gugup..
Quote heythere123 22-10-2023 12:56 PM
heols ni jadi pojaan netizen balik lepas berlakon FSWL. Netizen pon lupa dah statement bongok heols pasal filem Pulau tu.
Quote telracs 22-10-2023 12:57 PM
Ye ke malu dia ni?
Quote blekkep 22-10-2023 12:58 PM
lubsjubs
Quote gideoncross 22-10-2023 02:01 PM

Tringat balik iol kat video tu lol.
Quote SecretLuv 22-10-2023 03:28 PM
Musim artis mengaku introvert kot
Quote shalalat 22-10-2023 04:03 PM
Sembang langit ke 7. Demi duit la kan? Puiii
Quote noor2 22-10-2023 04:19 PM
Gambar first nampak hensem macho...sekali tgk yg bawah2 dah macam gaya bapok..gay
Quote Kancilkering 22-10-2023 04:46 PM
rafidah yg tulis script ni memang nice sahaja story line dia….
parent kid relationships dia ulaskan dlm tiga catergory….
bianca n mak dia
hisyam n ayah dia
karma n mak dia…

bil tgk macam gol n gincu all over again….
nasib ikmal tu dpt script bgus macam ni
Quote elnor_81 22-10-2023 05:09 PM
Kancilkering replied at 22-10-2023 04:46 PM
rafidah yg tulis script ni memang nice sahaja story line dia….
parent kid relationships dia ulaskan ...

Kan..lama x tgk drama santai cmni.
Quote lilac85 22-10-2023 06:21 PM
Ni pemalu ke anxiety
Quote fortiori13 22-10-2023 09:14 PM
Boleh tahan berupa gak dia ni
Quote sayurmayur88 23-10-2023 07:39 AM
herlok la heolls ni..
Quote electricopop 23-10-2023 10:32 AM

lub jub hitttt
Quote mamajawie 23-10-2023 11:12 AM
dia ni herlok muka bad boy cam ala2 jefri nicole tapi tu la tunjuk gamba lubjub sampai aku teringat2 geli yachhhh
Quote EncikRhoma 23-10-2023 01:48 PM
Dia dah ada pengalaman yg lebih memalukan. Setakat berlakon je, takde masalah la bagi dia
Quote ohsoyaya 23-10-2023 02:21 PM
He kwn i dr kecik. Baik je orgnya. N dr kecik mmg dah herlok. Tp bab menjubur ittew....
Quote Kancilkering 23-10-2023 02:41 PM
Edited by Kancilkering at 23-10-2023 02:42 PM

dlu zaman skolah member tu umpama menantu rebutan mak mak org kata …end up ada moment buatkan dia berubah jadi flasher…tapi lps tu ok je hidup diteruskan….belajar sampai degree…rasa dia dh x balik relive kut moment tu….semua org buat salah meh….
Quote mamajawie 23-10-2023 02:52 PM
ohsoyaya replied at 23-10-2023 02:21 PM
He kwn i dr kecik. Baik je orgnya. N dr kecik mmg dah herlok. Tp bab menjubur ittew....

so heollss ni bisex ke chuollss??

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.047611 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top