Pelakon, Siti Saleha belum bersedia mengakhiri zaman janda dengan kekasih hati, Joshua Fitton. Saleha atau lebih mesra disapa Sally memberitahu, dia dan teman lelaki yang juga seorang pereka fesyen tidak mahu tergesa-gesa mendirikan rumah tangga. “No (belum ada). Taking things slow (perlahan-lahan).
Mengulas tentang naskhah tersebut, Sally yang memainkan peranan utama sebagai Sofi memaklumkan, watak diperankan itu bertentangan dengan keperibadian sebenarnya. “Watak Sofi sangat ‘daring’. Dia main muat naik apa sahaja dalam media sosial tanpa berfikir.
Pada sidang media That Cover Girl, difahamkan, teman lelakinya Joshua turut hadir memberikan sokongan dengan menghadiahi dirinya jambangan bunga sebagai simbolik selamat berjaya. Sally atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata. Hujung tahun lalu, Sally mendedahkan kepada media, teman lelakinya Joshua yang merupakan pereka seorang fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton. Sumber: HibGlam |
ADVERTISEMENT