CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2904|Reply: 5

"Chill Chill" - Siti Saleha Belum Ada Perancangan Untuk Kahwin

[Copy link]
Post time 18-10-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Siti Saleha belum bersedia mengakhiri zaman janda dengan kekasih hati, Joshua Fitton.


Saleha atau lebih mesra disapa Sally memberitahu, dia dan teman lelaki yang juga seorang pereka fesyen tidak mahu tergesa-gesa mendirikan rumah tangga.






“No (belum ada). Taking things slow (perlahan-lahan).

“Chill chill je (tenang-tenang sahaja),” katanya ringkas kepada HibGlam ketika ditemui pada junket media siri terbaharu lakonannya, That Cover Girl yang bakal ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia bermula 19 Oktober ini.


Mengulas tentang naskhah tersebut, Sally yang memainkan peranan utama sebagai Sofi memaklumkan, watak diperankan itu bertentangan dengan keperibadian sebenarnya.


“Watak Sofi sangat ‘daring’. Dia main muat naik apa sahaja dalam media sosial tanpa berfikir.

“Tapi, kalau saya dalam kehidupan realiti akan fikir dahulu dan tanya orang sekeliling (sebelum post). Fikir dua tiga kali. Saya kekal relevan bukan melalui publisiti murahan seperti Sofi dalam That Cover Girl,” katanya.






Pada sidang media That Cover Girl, difahamkan, teman lelakinya Joshua turut hadir memberikan sokongan dengan menghadiahi dirinya jambangan bunga sebagai simbolik selamat berjaya.


Sally atau nama sebenarnya, Siti Saleha Mohd. Baharum bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.


Hujung tahun lalu, Sally mendedahkan kepada media, teman lelakinya Joshua yang merupakan pereka seorang fesyen jenama terkemuka tempatan, Atelier Fitton.





Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 11:49 AM | Show all posts
Ok Sally. Kalau Sally, iols approved.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tengok sheols ada org celebrate her bday. Sebelum sheols kahwin to her ex husband. Ternampak sama2 baru keluar rumah kira hm bersekududukan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Taste dia mat salleh kan dia penah cakap
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually apasal dia cerai dulu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 03:43 PM | Show all posts
harap2 jadi lah nanti2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045095 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list