Edited by maklukpenggoda at 30-10-2024 02:51 PM
Pada Mei lepas, pendakwaan telah menutup kes penyelewengan syarikat pelaburan 1MDB selepas melalui perbicaraan panjang hampir enam tahun dengan prosiding mengambil masa selama 235 hari.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Oktober ini bagi menyampaikan keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bebas atau perlu membela diri kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah akan membuat keputusan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya prima facie atau tidak terhadap mantan Ahli Parlimen Pekan itu.
“Sama ada Najib perlu bela diri atau tidak, saya akan sampaikan keputusan pada 30 Oktober ini,” katanya pada prosiding hujah akhir hari ini.
Pendakwaan juga memanggil 50 saksi bagi memberi keterangan untuk kes itu.
Najib didakwa di Mahkamah Sesyen pada 20 September 2018 dan kes itu dibenarkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2018 manakala perbicaraan bermula pada 28 Ogos 2019.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Jika sabit salah, Najib berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.
https://malaysiagazette.com/2024/10/03/1mdb-nasib-najib-diketahui-30-oktober-ini/
|