|
Edited by YgBenar at 25-10-2024 12:12 AM
Menurut Alice Chang, hubungannya bersama Datuk Seri itu baik-baik saja dan berada dalam keadaan stabil tidak sepeeri yang diperkatakan oleh netizen.
Alice dedah hubungannya dengan suami orang berstatus Datuk
Alice lebih mencuri tumpuan selepas dia membuat pengakuan yang mengejutkan di hadapan media ketika menemani adiknya di mahkamah.
Wanita itu mendekati media dan berkongsi maklumat terkini yang dia sedang menjalankan hubungan dengan seorang Datuk Seri yang didakwa sudah berkahwin.
“Kami baik. Hubungan kami stabil tidak seperti yang diperkatakan oleh netizen,” kata Alice kepada media dipetik World of Buzz.
Alice dakwa sedang hamil anak Datuk Seri tersebut
Menerusi perkongsian video oleh China Press, Alice turut mendakwa dia kini sedang hamil anak kepada Datuk Seri terbabit, namun tidak mendedahkan identiti individu itu.
“Memandangkan Datuk Seri sudah berkahwin, tolong jangan didedahkan kepada umum,” katanya lagi.
Alice kemudiannya berlalu pergi meninggalkan media untuk berjalan bersama-sama adiknya memasuki mahkamah.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|