Pelakon Azira Syafinaz hanya mampu berlapang dada dengan segala kutukan netizen selepas dia memuat naik gambarnya yang berpakaian seksi. Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan berkata, dia tidak mempunyai kudrat untuk menutup mulut orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan busana digayakannya pada sebuah acara baru-baru ini. “Kalau saya menjawab pun, lagi berbuih mulut netizen nanti mengecam. Lebih baik saya diamkan diri. “Saya akur dengan kesilapan dan saya juga akui bukanlah seorang muslimah yang sempurna. Banyak lagi saya perlu perbaiki dari segi pakaian, pertuturan dan sebagainya,” katanya. Dalam pada itu, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berkata, dia sedikit terkilan dengan teguran berbaur kasar datang daripada bibir netizen. “Saya tak kisah orang nak cakap apapun. Tapi, alangkah baiknya kalau menegur itu kena dengan cara. Janganlah dengan kata-kata kasar sampai menjatuhkan maruah seseorang.
“Insya-Allah, saya akan lebih jaga pemakaian selepas ini. Untuk sekarang adalah lebih baik saya tidak mengulas terlalu lanjut takut nanti orang ‘spin’ (pusing) kenyataan saya,” ujarnya lagi.
|
ADVERTISEMENT