CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1487|Reply: 2

Azira Shafinaz Akur Kecaman Netizen Gara-Gara Pakai Baju Seksi

[Copy link]
Post time 16-10-2023 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Azira Syafinaz hanya mampu berlapang dada dengan segala kutukan netizen selepas dia memuat naik gambarnya yang berpakaian seksi.


Azira atau nama sebenarnya, Azira Shafinaz Ramlan berkata, dia tidak mempunyai kudrat untuk menutup mulut orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan busana digayakannya pada sebuah acara baru-baru ini.







“Kalau saya menjawab pun, lagi berbuih mulut netizen nanti mengecam. Lebih baik saya diamkan diri.


“Saya akur dengan kesilapan dan saya juga akui bukanlah seorang muslimah yang sempurna. Banyak lagi saya perlu perbaiki dari segi pakaian, pertuturan dan sebagainya,” katanya.



Dalam pada itu, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berkata, dia sedikit terkilan dengan teguran berbaur kasar datang daripada bibir netizen.


“Saya tak kisah orang nak cakap apapun. Tapi, alangkah baiknya kalau menegur itu kena dengan cara. Janganlah dengan kata-kata kasar sampai menjatuhkan maruah seseorang.




“Insya-Allah, saya akan lebih jaga pemakaian selepas ini. Untuk sekarang adalah lebih baik saya tidak mengulas terlalu lanjut takut nanti orang ‘spin’ (pusing) kenyataan saya,” ujarnya lagi.



  



Terdahulu, Azira, 33, dikecam teruk gara-gara berpakaian mencolok mata ketika menghadiri sebuah acara hiburan, sehingga disifatkan netizen sebagai lapar perhatian.



Azira mengenakan busana serba hitam dipadankan dengan permata warna warni sebagai pelengkap gaya.





Bagaimanapun, persalinan itu didakwa tidak sesuai kerana terlalu seksi apabila mendedahkan bahagian dada serta pinggangnya.





Sejurus foto tersebut dimuat naik, ruangan komen dibanjiri respons peminat dengan rata-rata mengecam gaya pemakaian anggota kumpulan DeFam itu selain menyifatkannya artis sendu yang lapar perhatian.





Sumber: HibGlam



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 11:54 AM | Show all posts
Memang dari awal kemunculan dlm industri pun dia seksi u olls.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Si vee pondan tu duit byk nape x buat bypass. Kurus sket cm rizman tu
Elok la sket nk drag hihihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.551726 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list