Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memberikan pandangan bahawa setiap masalah sesebuah keluarga itu perlu diselesaikan secara baik dan tertutup. Katanya, setiap individu bagaimanapun mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.
"Sukar untuk bercakap mengenai keluarga orang lain sebab kita tidak berada dalam keluarga tersebut. "Untuk saya, setiap orang ada masalah keluarga sendiri cumanya kita memilih media sosial sebagai jalan penyelesaian atau pun tidak. "Saya harap sangat bukan kepada keluarga lain sahaja tetapi juga keluarga saya sendiri. Sekiranya ada masalah yang berlaku, biarlah selesaikan secara tertutup," katanya. Janna turut mengakui bahawa reputasi seorang "public figure" akan tercalar dan lenyap sekiranya ada pihak yang cuba 'melondehkan' perihal peribadi di media sosial. Malahan, Janna turut menyifatkan media sosial bukanlah platform yang terbaik dalam menyelesaikan masalah.
"Jangan libatkan media sosial sebab sebagai seorang public figure kita cari rezeki atau periuk nasi sebahagiannya dari media sosial. "Kalau ada seorang ahli keluarga gunakan media sosial untuk lenyapkan imej seseorang public figure itu, maknanya dia memang ada niat tak baik. "Untuk menjelaskan keadaan atau apa pun, media sosial bukan tempat yang betul. "Saya tidak memihak kepada sesiapa. Ini pandangan saya secara umum. Kadang-kadang, dalam kalangan keluarga sendiri pun suka guna media sosial untuk luahkan perasaan. Orang gunakan ia sebagai diari tetapi saya tidak," katanya. Dalam pada itu, Janna turut meluahkan raza simpati terhadap Shila Amzah yang berdepan konflik keluarga. "Sebagai seorang kawan, saya risau dan prihatin akan keadaan Shila atas apa yang berlaku. Bila dengar kisah dia, saya terasa sebab saya pun dalam situasi yang lebih kurang dengan dia juga. "Sebagai anak yang datang dari broken family ini, saya boleh relate. "Saya fikir, adakah Shila boleh beri fokus untuk Famili Duo ini, saya harap Shila akan buat yang terbaik dengan adiknya. Itu yang saya harapkan sebagai seorang kawan," kata Janna. Sumber: Xtra
|
kotakominami replied at 14-10-2023 08:26 PM
Sebab itu ke diorang pilih suami yg mcm ubai...dini...
Nurul8001 replied at 14-10-2023 08:49 PM
Maksud?
Bergosip replied at 14-10-2023 10:20 PM
iols perasan mostly artis2 yang famous datang dari broken family. dan diri dorang dipergunakan oleh ...
Bergosip replied at 14-10-2023 10:20 PM
iols perasan mostly artis2 yang famous datang dari broken family. dan diri dorang dipergunakan oleh ...
airmineral replied at 14-10-2023 09:11 PM
apa punca dia berantakan dgn shila rosli ek
rayna_raynes replied at 15-10-2023 01:55 AM
Sheila Rusly nak dia jadi menantu family tu tapi janna mengelak2 sebab dia anggap Jinggo 2.0 tu mc ...
kakasotong2 replied at 15-10-2023 01:54 AM
Harap esok Janna jadi hos FD buatla kerja secara profesional. Jangan sentuh hal peribadi orang. Maca ...
kotakominami replied at 14-10-2023 08:26 PM
Sebab itu ke diorang pilih suami yg mcm ubai...dini...
ADVERTISEMENT