CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14485|Reply: 24

Datang Dari 'Broken Family', Janna Nick Boleh 'Relate' Situasi Shila Amzah

[Copy link]
Post time 14-10-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick memberikan pandangan bahawa setiap masalah sesebuah keluarga itu perlu diselesaikan secara baik dan tertutup.


Katanya, setiap individu bagaimanapun mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.






"Sukar untuk bercakap mengenai keluarga orang lain sebab kita tidak berada dalam keluarga tersebut.


"Untuk saya, setiap orang ada masalah keluarga sendiri cumanya kita memilih media sosial sebagai jalan penyelesaian atau pun tidak.


"Saya harap sangat bukan kepada keluarga lain sahaja tetapi juga keluarga saya sendiri. Sekiranya ada masalah yang berlaku, biarlah selesaikan secara tertutup," katanya.


Janna turut mengakui bahawa reputasi seorang "public figure" akan tercalar dan lenyap sekiranya ada pihak yang cuba 'melondehkan' perihal peribadi di media sosial.


Malahan, Janna turut menyifatkan media sosial bukanlah platform yang terbaik dalam menyelesaikan masalah.


"Jangan libatkan media sosial sebab sebagai seorang public figure kita cari rezeki atau periuk nasi sebahagiannya dari media sosial.


"Kalau ada seorang ahli keluarga gunakan media sosial untuk lenyapkan imej seseorang public figure itu, maknanya dia memang ada niat tak baik.


"Untuk menjelaskan keadaan atau apa pun, media sosial bukan tempat yang betul.


"Saya tidak memihak kepada sesiapa. Ini pandangan saya secara umum. Kadang-kadang, dalam kalangan keluarga sendiri pun suka guna media sosial untuk luahkan perasaan. Orang gunakan ia sebagai diari tetapi saya tidak," katanya.


Dalam pada itu, Janna turut meluahkan raza simpati terhadap Shila Amzah yang berdepan konflik keluarga.


"Sebagai seorang kawan, saya risau dan prihatin akan keadaan Shila atas apa yang berlaku. Bila dengar kisah dia, saya terasa sebab saya pun dalam situasi yang lebih kurang dengan dia juga.


"Sebagai anak yang datang dari broken family ini, saya boleh relate.


"Saya fikir, adakah Shila boleh beri fokus untuk Famili Duo ini, saya harap Shila akan buat yang terbaik dengan adiknya. Itu yang saya harapkan sebagai seorang kawan," kata Janna.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nsb adik beradik hang x hantu socmed jena
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu ke diorang pilih suami yg mcm ubai...dini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita jannah pun sedih...

Luckily dpt husben yg baik. Mcm shila
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 14-10-2023 08:26 PM
Sebab itu ke diorang pilih suami yg mcm ubai...dini...

Maksud?


Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 14-10-2023 08:49 PM
Maksud?

Yg hepi  hepi ..tak serius...boleh buat diorang ketawa...tapi boleh lindung diorang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
apa punca dia berantakan dgn shila rosli ek
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bila ada citer viral mesti nk menyelit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
iols perasan mostly artis2 yang famous datang dari broken family. dan diri dorang dipergunakan oleh family


kalau dekat luar negara, tiffany snsd dengan han so hee.

ayah tiffany buat pelaburan haram (mlm), tipu duit orang sana sini sampau jutaan USD. last, pelabur2 ni cari dan tuntut hutang dengan tiffany. berjuta2 usd tiffany kena bayar hutang ayah dia. Sampai satu tahap, tiffany keluarkan statement yang dia tak ada apa2 hubungan dengan ayah dia (official statement)

han so hee pulak mak dia yang suka berhutang. pon sama, si han so hee yang kena bayar hutang2 mak dia. cuma baru2 ni, dia dah tak bayar hutang mak dia.

parents ni pon, mentang2 anak kau popular dan kaya. suka2 je mintak lebih2. amboiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 14-10-2023 10:20 PM
iols perasan mostly artis2 yang famous datang dari broken family. dan diri dorang dipergunakan oleh  ...

Sama dengan Britney spears...sampai teruk mental dia, tambah pula partner yang teruk..sian
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita tidak menjadi ibu bapa seperti itu..
Betollah anak tu bukan pilihan dia nak lahir kat dunia
Dah ko didik anak ko nyanyi dari kecik memang itulah minat dia ko pupuk
Bukan masalah paksaan atau tidak. Ni mak Shila cakap memang dia sendiri nak nyanyi tanpa paksaan. Cehhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 14-10-2023 10:20 PM
iols perasan mostly artis2 yang famous datang dari broken family. dan diri dorang dipergunakan oleh  ...

Mak goo hara pon.. jenis x layak.jd mak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Janna ni lebih kurang la mcm sha. Dia dr sek men lagi dah buat part time nak tolong mak bayar bill. sebelum mak dia kawen lain.

So sekarang mak dia dah cerai balik janna la yg menanggung famly. Dia ada ja abg, tapi mak jannah xharapkan abg dia pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap esok Janna jadi hos FD buatla kerja secara profesional. Jangan sentuh hal peribadi orang. Macam tahun lepas sheols hosting FD dgn jaja kisah peribadi Fyna. Xde sensitiviti langsung bercakap psl hal rumahtangga orang sampai family ZAH marah gi serang madu kat resto. Kisah hidup orang dibuat bahan lawak jenaka. Awak tu host cuba la jadi host yg cerdik yg penuh input. Jangan jd host yg xde otak xde common sense langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 01:55 AM | Show all posts
airmineral replied at 14-10-2023 09:11 PM
apa punca dia berantakan dgn shila rosli ek

Sheila Rusly nak dia jadi menantu family tu tapi janna mengelak2 sebab dia anggap Jinggo 2.0 tu mcm abang je.
Lepas tu ada lah terguris perasaan Sheila sampai dia whoryus kan aje Jannah sampai skrg


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling broken family
Weolss dah tahu tak payah ulang2. Like mcm dlm forum Di semua dtg dr family yg bahagia.. duhh..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 15-10-2023 01:55 AM
Sheila Rusly nak dia jadi menantu family tu tapi janna mengelak2 sebab dia anggap Jinggo 2.0 tu mc ...

laaa
jinggo 2.0 tu pyn sbnrnya syok kt mek ni ke?
jinggo 2.0 tu yg skg da kawen dan ada anak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong2 replied at 15-10-2023 01:54 AM
Harap esok Janna jadi hos FD buatla kerja secara profesional. Jangan sentuh hal peribadi orang. Maca ...

seyes la dia buat cmtu
dia nak pecah belahkan family org pula ke?

kalau kena kat dia, mula la cite sakit2 dia
play victim pula nnt minta kesian
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 14-10-2023 08:26 PM
Sebab itu ke diorang pilih suami yg mcm ubai...dini...

Suami mcm ubai dini tu..maksudnya yg camne? Yg kurang dominan? Yg lg muda?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yg dtg dari broken family ni. Mentally exhausted layan toxic n negativity mcm ni. Penat wehh.. nak x nak kena hadap sebab family.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.343050 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list