Enam tahun dipenjara akibat kesalahan memiliki dadah pada 2011, kesannya masih berbekas di hati penyanyi Ameng Spring. Kata Ameng sakit dikenakan hukuman 10 sebatan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Mengimbau hukuman itu, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 53, berkata, masih segar dalam ingatannya kesemua pesalah perlu berbaris dalam keadaan berbogel menanti giliran sebelum dikenakan hukuman sebat. "Hukuman hanya dijalankan sehari dalam seminggu iaitu pada hari Khamis. Bagi hukuman sebat maksimum dikenakan hanya 22 sebatan sehari. "Jadi untuk saya yang kena 10 sebatan, hanya dilakukan dalam tempoh sehari sahaja. "Kita (banduan) beratur panjang sebelum masuk ke bilik hukuman dalam keadaan telanjang. Apabila sampai giliran, tangan dan kepala akan dipasung sebelum sebatan dibuat," katanya.
|
"Masa masuk dalam bilik itu saya lihat darah dan cebisan kulit di atas lantai. Macam melihat tempat kemalangan.
Hoola replied at 13-10-2023 01:08 PM
patut buat iklan or dokumntari
kasi tjk kt tv, or iklan2 kt ytube
ikln kesedaran sivik
ezacbee replied at 13-10-2023 11:57 AM
Dulu ada demo sebatan anjuran penjara. Kuat gila bunyi.. kena kulit manusia isk.. tupun ada yg x ser ...
ADVERTISEMENT