CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9483|Reply: 36

Berbaris Telanjang, Ameng Spring Kenang Kena Sebat 10 Kali, "Sakitnya Kalau Gajah Kena Pun Lari"

[Copy link]
Post time 13-10-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Enam tahun dipenjara akibat kesalahan memiliki dadah pada 2011, kesannya masih berbekas di hati penyanyi Ameng Spring.


Kata Ameng sakit dikenakan hukuman 10 sebatan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Foto: IG




Mengimbau hukuman itu, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 53, berkata, masih segar dalam ingatannya kesemua pesalah perlu berbaris dalam keadaan berbogel menanti giliran sebelum dikenakan hukuman sebat.


"Hukuman hanya dijalankan sehari dalam seminggu iaitu pada hari Khamis. Bagi hukuman sebat maksimum dikenakan hanya 22 sebatan sehari.


"Jadi untuk saya yang kena 10 sebatan, hanya dilakukan dalam tempoh sehari sahaja.


"Kita (banduan) beratur panjang sebelum masuk ke bilik hukuman dalam keadaan telanjang. Apabila sampai giliran, tangan dan kepala akan dipasung sebelum sebatan dibuat," katanya.




  



Ameng berkongsi butiran hukuman itu ketika hadir menjadi tetamu radio Molek FM pada 4 Oktober lalu.


Bercerita mengenai pengalaman disebat menggunakan rotan diperbuat daripada buluh itu, Ameng berkata, sekali sebatan sudah cukup menyakitkan namun tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.


"Kalau gajah kena pun lari," katanya.




  



Dalam pada itu, berkongsi hukuman itu, Ameng berkata, ketika tiba gilirannya, dia melihat darah memenuhi atas lantai selain cebisan kulit milik pesalah terdahulu.


Cerita Ameng, walaupun tidak dapat melihat pesalah terdahulu menerima sebatan, namun daripada luar bilik hukuman mereka dapat mendengar suara jeritan apabila rotan dihayunkan.


"Masa masuk dalam bilik itu saya lihat darah dan cebisan kulit di atas lantai. Macam melihat tempat kemalangan.


"Bayangkan pesalah sebelum saya menerima 16 sebatan!


"Sepanjang berbaris (menanti giliran) saya dapat dengar suara orang menjerit apabila disebat," ceritanya.




  



Untuk rekod, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011, atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.


Dia didakwa memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine.


Bagi semua pertuduhan dia dikenakan hukuman penjara lapan tahun serta 10 sebatan.


Ameng yang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor bagaimanapun dibebaskan selepas enam tahun menjalani hukuman penjara kerana berkelakuan baik pada Jun 2016. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 10:19 AM | Show all posts
bergetar2 muscle bontot tu masa kena sebat.. mmg birat la..
berak kena aje berdiri lepas tu..
kdg2 try nak cangkung cuba2 haa kau koyakkk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 10:54 AM | Show all posts
pergh...

"Masa masuk dalam bilik itu saya lihat darah dan cebisan kulit di atas lantai. Macam melihat tempat kemalangan.


alhamdulillah, pakcik ni insaf

yg x insaf lg tu moga insaf
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 11:31 AM | Show all posts
penah tgok exhibition penjara masa hari kokurikulum skolah..pergh siap ada video ea sakit lak terasa time tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kena beratur bogel ke..adoi..blkg tu pahamla nk kena sebat. Depan pun tak tutup. Huhu..malunya abis kena tyg
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada demo sebatan anjuran penjara. Kuat gila bunyi.. kena kulit manusia isk.. tupun ada yg x serik dok check in penjara.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2023 12:33 PM | Show all posts
kita yang baca pun terkemut bontot..
inikan pulak dia yang kena sebat..
harap-harap betul insaf la ye pocit..
jauhi la najis dadah..

tapi masa sekolah, ada cikgu or warden cerita..
dulu hukuman sebat tu sekali masuk, sekali je sebat..
sebab rotan dia tu padu..
sekali kena koyak kulit..
lepas kena rotan, nanti dorang sapu belerang..
untuk cantumkan balik kulit koyak tu..
tak tau sekarang dia bagi terus 22 kali..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
patut buat iklan or dokumntari
kasi tjk kt tv, or iklan2 kt ytube
ikln kesedaran sivik

kasi takut sikit
buat keldai dadah, pngisap dadah, pmbkel dan sewaktu dgnnya
penat rkyt msia nk kena sara myt2 idup xsedar diri ni semuaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan rotan dgn berpakaian tak sgka bogel rupanya. seksi wuuuuuwuuuu
harapnya insaf la sapa2 yg pernah disebat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap kali lepas mandi bila berdiri depan cermin mesti nampak parut tu
Zasss pedihnya masih terasaa…
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 01:44 PM | Show all posts
seram and sedihnya...xterbayang sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
10 sebatan tu rupanya sekali harung ke..mak aih
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 13-10-2023 01:08 PM
patut buat iklan or dokumntari
kasi tjk kt tv, or iklan2 kt ytube
ikln kesedaran sivik

Mau meroyan sek2 woke human rights nanti kalau tunjuk kakt tv
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
10 sebatan memang patut insaf..dah berbirat abih bontot..ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, iouls harap pakcik ameng betul2 dah berubah. Yang penting cari rezeki untuk sara diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
xkanlah kat negara Islam kena bogel macam tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 05:26 PM | Show all posts
semoga insaf terus la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh terbaik dia cerita dgn details. Pesalah2 rasuah n rogol elok hari2 kena sebat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 13-10-2023 11:57 AM
Dulu ada demo sebatan anjuran penjara. Kuat gila bunyi.. kena kulit manusia isk.. tupun ada yg x ser ...

Bak kata kwnaku, selagi tak mati selagi tu la berulang keluar masuk.
Yg taubat alhamdulillah, yg tak jumpa jalan, dh kena sebat berdas2 pun ke dalam lagi utk kena sebat.
Acik ni betul2 dh bebas ke?
Kata org kalau taik dadah ni susah nak berenti.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.076554 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list