CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44080|Reply: 86

[Tempatan] Kementerian Kewangan dedah 3 faktor kegagalan FashionValet, menyakinkan ke idok?

[Copy link]
Post time 15-11-2024 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-11-2024 01:26 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mendedahkan tiga faktor luar jangka menyebabkan kegagalan syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet (FV) sehingga pelaburan disuntik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata satu daripadanya disebabkan implikasi COVID-19 yang menghalang perniagaan fizikal FashionValet dan mengakibatkan pasaran untuk pakaian premium, termasuk tudung, merosot dengan ketara.

"Ketika FashionValet ingin mencapai aspirasi untuk menjadi platform membeli-belah pelbagai saluran, ia telah menambah bilangan kedai fizikal secara pesat.

"Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semasa COVID19 menghalang perniagaan fizikal dan mengakibatkan pasaran untuk pakaian premium, termasuk tudung, merosot dengan ketara.

"Malahan, kedai fizikal yang kurang mendapat sambutan juga terpaksa ditutup," katanya ketika menjawab soalan asal Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Faktor kedua pula, katanya perubahan trend platform fesyen e-dagang, yang mana perkembangan pesat jenama fesyen tempatan terutamanya fesyen sopan, yang menggunakan saluran jualan e-platform tersendiri berserta saluran alternatif mudah akses seperti Facebook, telah menyebabkan FashionValet mengalami saingan hebat.

Oleh itu, platform FashionValet terpaksa ditutup dan seterusnya beralih fokus kepada jenama sendiri iaitu dUCk dan LILIT.

"Faktor terakhir dari segi cabaran pengumpulan dana di mana semua cabaran ini telah menyebabkan kekangan aliran tunai kepada FashionValet. Ia
berusaha mengumpulkan dana baharu untuk menangani masalah ini, tetapi pemegang saham sedia ada termasuk Khazanah dan PNB tidak bersetuju untuk mengambil risiko tambahan dengan menambah pelaburan dalam Fashion Valet.

"Malah, pasaran pengumpulan dana yang mencabar ketika itu menyebabkan proses pengumpulan dana dijalankan FashionValet tidak berjaya," katanya.

Amir Hamzah berkata, walaupun Khazanah dan PNB adalah pelabur minoriti, kedua-dua pihak memainkan peranan proaktif untuk membantu FashionValet, termasuk memberikan bimbingan strategi dan nasihat kewangan kepada ahli pengurusan tertinggi syarikat.

"Bagaimanapun, impak daripada cabaran-cabaran dihadapi terlalu besar, menyebabkan situasi kewangan syarikat semakin parah.

"Untuk terus beroperasi dan menangani masalah aliran tunai, FashionValet pada waktu itu memerlukan suntikan modal daripada pelabur baharu dengan segera. Namun, mereka tidak menerima banyak tawaran daripada pelabur baharu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Khazanah dan PNB mengakui hasil pelaburannya dalam FashionValet tidak selari unjuran pulangan pelaburan, bagaimanapun kerajaan akan meneliti dan akan terus memberi perhatian bagi memastikan tadbir urus GLC terus kukuh.

"Memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes ini dan audit dalaman juga masih berjalan, Khazanah dan PNB perlu diberi ruang untuk proses siasatan diselesaikan.

"Segala dapatan yang dimuktamadkan nanti akan digunakan untuk menambah baik tatakelola dan tadbir urus (kedua-dua GLIC) terbabit," katanya.

BH


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2024 03:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya geran Khazanah dengan PNB bagi tu untuk online stores kan? So kat sini dah lari dari perjanjian bila dia pergi bukak brick and mortar shops. So boleh la kena dakwa Criminal Breach of Trust. Tapi baik Mak Itik, Pak Itik, Khazanah dengan PNB semua bodo dalam cerita ni. Takde sekor pun yang bijak tu pasal 47 juta tinggal 3 juta aje. Omputih kata a fool and his money are soon parted

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:05 AM | Show all posts
iols teringat interview Victoria Beckham... dia kata since dia business, tahun ni baru dia untung. tapi tak begitu rajin nak korek lebih dalam pasal VB.

Bila iols baca semua kenyataan tentang FV ni baik daripada netizen dan juga pihak kena siasat ni, iols menyimpulkan betapa Vivy dan Fadza adalah business owner yang kurang bertanggung jawab terhadap perniagaan mereka sendiri. punyalah dapat puluhan juta suntikan dana... tapi masih flop.

bagaimana syarikat seperti Bawal Exclusive dan Poplook survived ketika pandemik? kenapa mereka mampu bertahan, kenapa tidak FV.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara menteri nii ckp pun mcm tak meyakinkan jee
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mencabar sana mencabar sini gagal sana gagal sini tapi owner still kaya raya tu yg org pertikai, dlm dok rugi2 masih boleh beli rumah besar, handbag berlambak2, korek2 punya korek rupanya dlm dok rugi rugi tu masih la gaji owner tiap2 bln ratus ribu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2024 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
motif heshe pun nak back-up FV sambil2 guna alasan covid??? signs mak itik lepas ke??
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 05:38 AM | Show all posts
Hahahahaa...jokes of the year

Sayang betul menteri ni kt Favish ye..sampai berpusing2 kau punya statement..goblok

Zaman google socmed ni kalau dah kering idea nk justify, baik kau diam jah..tunggu hasil siasat SPRM sudah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Motip bukak kedai banyak2 pastu cakap gagal? Tiap kali bukak tu tak pikir profit loss ke acaner bodo giler matematik sebab duit free?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Faktor terakhir dari segi cabaran pengumpulan dana di mana semua cabaran ini telah menyebabkan kekangan aliran tunai kepada FashionValet. Ia
berusaha mengumpulkan dana baharu untuk menangani masalah ini, tetapi pemegang saham sedia ada termasuk Khazanah dan PNB tidak bersetuju untuk mengambil risiko tambahan dengan menambah pelaburan dalam Fashion Valet.

"Malah, pasaran pengumpulan dana yang mencabar ketika itu menyebabkan proses pengumpulan dana dijalankan FashionValet tidak berjaya," katanya.


Eh bodo nyer. Ko buat bisnes mengharapkan dana geran ke apa ni? Bodo nyer menteri dengan Pesenbelit sama bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian Kewangan pun kena raid dengan SPRM kan hari tu? Tu pasal menggelabah backing mak itik ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm pada fv mengalami kemerosotan kewangan, fv masih mencari dana baru melalui pelabur2 lain.
Apa dah takde escape plan lain ke selain duk cari dana dana dana dana...
Sejenis tak reti meniaga tp nk meniaga.
Org kata kalau rugi sikit pastu owner cut their own salaries & expenses tu logik la jugak nampak la usaha nk selamatkan syarikat tu.
Ini tidak, show off kekayaan sentiasa tp declare company loss loss loss!!!!!!
Ktorang rakyat marhean ni sikit tak heran kalau fv loss ke bankrupt ke apa kalau tak guna dana awam la! Kalau guna duit poket korang sendiri dana pama sekalipun takde siapa nk bising for all those bad business decissions being made.
Puiihhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri2 kalau brcakap jarang la tak menyakitkan hati. Apa bodoh dia pulak tukang carik alasan utk mak pak itik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana khazanah dan pnb percaya sangat hingga laburkan RM47 juta. Kalau labur cuma RM4.7 juta boleh pejam mata kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Camna statement kata "Amir Hamzah berkata, walaupun Khazanah dan PNB adalah pelabur minoriti, ..."?
RM40++ juga tu minoriti katanya? Kononnya major shareholder pulak berapa ratus billion ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm ig post yg vivy minta maaf tu pun dia kata diorang tutup platform digital fv masa covid tu sbb nak buat physical stores which is strange pada iols sbb masa pkp, memang org berbelanja online yg korang nak buka physical stores buat apa? Memang cari nahas lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 07:58 AM | Show all posts
senang betul cuci duit
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga melingkup semua yg terlibat termasuk yg approve dana, yg backup.. semualah…
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:09 AM | Show all posts
Selalu, bisnes kalau tgh ada kerugian, or problem...founder akan fork out duit saving founder sendiri dulu, kemudian downgrade lifestyle utk support staff punya gaji. Kalau tak korek saving sendiri, pinjam bank...atau dalam kes founder yang kaya byk bag, resell semula beg-beg yang mahal, dapat lah $$$$.

Tapi founder seoarang ni...tak nak yer sacrifice own savings....pergi cari grant/fund lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada peluang nampaknya
Siap org beso tlg memback up lg tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukak kedai banyak2 tu siapa contractor nya? Cuba check entah2 contractor pun company sendiri. Macam si bibik beli company sendiri Duck. Aje bodo semua dalam kerajaan Mesia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello, kalau Syed Saddiq kena dakwa setakat 100k masuk ASB, kenapa mak itik ni ko kemain back up? Padahal mak itik ni jauh lagi bodo sebab dana rakyat. At least SS tu dana dia kumpul sendiri. Patut Mak Itik kena jauh lagi teruk dari SS, penjara + sebatan. Baru orang takut nak menyakau
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu Azam Baki cakap ada transaksi mencurigakan kan? Kamon SPRM! You can do this!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075194 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list