Seorang wanita menerima kritikan ramai gara-gara memuat naik perbualan dengan anaknya yang berbaur negatif. Menerusi tangkap layar yang ditularkan di platform X, wanita itu bercerita yang anak perempuannya bertanya kenapa tiada sambungan internet ketika berada di kampung.
Wanita itu menjawab mereka kini berada di kampung dan disebabkan hal itu, tiada sambungan komunikasi di kawasan berkenaan. Anaknya kembali bertanya, apakah itu kampung? Wanita itu menjawab, kampung di mana penduduknya tidak menggunakan tisu untuk lap mulut, sebaliknya mereka gunakan baju yang mereka pakai.
Perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Salah seorang daripadanya adalah pempengaruh popular, Ceddy. -CARI Sumber: Gempak
|
hareeeesah replied at 9-10-2023 12:51 PM
Wah budder dh ada thread
hareeeesah replied at 9-10-2023 12:51 PM
Wah budder dh ada thread