CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Parkir Depan Rumah Dikuat Kuasa

8-10-2023 10:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3435| Komen: 37

Johor Bahru: Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melaksanakan penguatkuasaan larangan meletak kenderaan di hadapan kediaman adalah bertujuan untuk menjaga keharmonian antara jiran-jiran di bandar raya ini.


Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, ini kerana isu berkenaan telah menimbulkan banyak pergaduhan antara penduduk di kawasan kediaman masing-masing.

ASMAN SHAH (duduk dua kanan) mengadakan sidang akhbar di Menara Aqabah, Pasir Gudang berhubung isu larangan meletak kenderaan di hadapan rumah dan laluan awam.

Beliau bagaimanapun berkata, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya akan mula dilaksana tahun depan, di mana pihaknya akan melakukan kempen kesedaran terlebih dahulu.

“Undang-undang ini telah lama ada, cuma perkara ini tular selepas terdapat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan itu ekoran ratusan aduan diterima MBPG. Tahun lalu kita terima 242 aduan, manakala sehingga September tahun ini, kita terima 349 aduan.


“Majoriti daripada aduan tersebut dibuat jiran-jiran yang memaklumkan mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain disebabkan perkara ini selama bertahun-tahun. Jadi sudah tiba masa kita kuat kuasa undang-undang ini demi keharmonian masyarakat dan penduduk.

“Hasrat kami adalah untuk memulihkan hubungan sesama anggota masyarakat. Pada masa sama kita juga tidak mahu membebankan lagi masyarakat tanpa sebab yang wajar,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Menara Aqabah, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah Asman Shah, tindakan penguatkuasaan itu juga merupakan tanggungjawab pihaknya kepada pembayar cukai di kawasan Pasir Gudang.

“Kita perlu bertindak terhadap setiap aduan diterima kerana tidak mahu dituduh sebagai tidak melaksanakan tanggungjawab. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan undang-undang itu dijangka hanya dibuat tahun depan.

“Kita akan adakan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat tentang peraturan itu tahun ini. Sebelum ini kita beri kelonggaran kepada dan tidak mengenakan tindakan tegas sebaliknya bersikap fleksibel, namun apabila perkara itu perlu dilaksana, kita akan laksanakan,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-10-2023 10:19 PM
Bersedialah yg ada empat lima kereta tu.

Quote sharlenetexas 8-10-2023 10:19 PM
PG ada datuk bandar?


Quote kepompong 8-10-2023 10:23 PM
wah. bagusnya. harap tempat lain pun ikut jejak langkah undang2 macam ni
Quote minahmanja 8-10-2023 10:50 PM
sharlenetexas replied at 8-10-2023 10:19 PM
PG ada datuk bandar?

Ade.. datuk asman.. pasir gudang kan dah jadik bandar
Quote brego 9-10-2023 12:08 AM
Edited by brego at 9-10-2023 12:11 AM

nak selamat, naik grab
kereta park kat private parking

design rumah msia macam belacan
aku benci dengan rumah teres
parking bersepah depan rumah org macam beruk mak yeh

tengok design rumah mat saleh, siap ada garaj



Quote axl_bach 9-10-2023 12:23 AM
minahmanja replied at 8-10-2023 10:50 PM
Ade.. datuk asman.. pasir gudang kan dah jadik bandar

Biasa Dato Bandar ni bkn utk taraf bandaraya ke?

Kalau Majlis Bandaran x salah aku YDP bandaran....
Quote FOTHER-MUCKER 9-10-2023 12:29 AM
Apa punya undang undang tak boleh meletak Kenderaan di bahu jalan di taman perumahan?

SePatutnya pihak berkuasa tempatan buatkan petak tempat meletak kenderaan di sepnjang jalan di setip taman perumhan di dalam bandar. Dimana jika tempat tidak sesuai meletak kenderaan  letakan double yellow lines ataupun single red line.

Sesiapa yang melanggar aturan baru disaman.

Ini nak haramkan penduduk meletak kenderaan mereka di bahu jalan adalah sangat tidak betul. Ini undang undang buatan orang keluar gua datang bandar dapat kerja di majlis perbandaran/bandaraya.
Quote Purplehaz 9-10-2023 12:34 AM
Alaaa..kat KL ni pun dh ada lama Saman parking depan rumah..landed property, terrace hs, bungalow. Walaupun xde apa pergaduhan pun.
Quote minahmanja 9-10-2023 12:35 AM
axl_bach replied at 9-10-2023 12:23 AM
Biasa Dato Bandar ni bkn utk taraf bandaraya ke?

Kalau Majlis Bandaran x salah aku YDP bandaran. ...

Pasir gudang kan dah dapat title majlis bandaraya pasir gudang. Same with iskandar puteri.
Quote Purplehaz 9-10-2023 12:37 AM
Parking kat depan gate rumah sendiri pun kne Saman
Quote zehra2 9-10-2023 01:29 AM
elok laa.. dpn rumah ni seberang longkang tiap mlm ada bas persiaran park.
asal siang je tkde. yg heran nya driver bas tu bukan tggl kat taman perumahan ni pun.
Quote I.K.A888990 9-10-2023 03:02 AM
yg parking smpi halang lalun jiran tu mmg lahanat sunghuh
Quote stingergrumpy 9-10-2023 04:13 AM
zehra2 replied at 9-10-2023 01:29 AM
elok laa.. dpn rumah ni seberang longkang tiap mlm ada bas persiaran park.
asal siang je tkde. yg h ...

Org bekerja tak perlu rehat kewww?hemce the bus being parked waktu malam...siang hari sambung cari kayu ler...anyway kereta ko 24/7 on the move keww?

Macam mana ler ko boleh jadi guru....harbam luar tabii?



Quote Buritan 9-10-2023 07:40 AM
FOTHER-MUCKER: Apa punya undang undang tak bo ...


Kannn.. anak ade satu sorang toka.. nak brli rumah tak mampu cmn tuu
Quote ultra78 9-10-2023 07:41 AM
Rumah teres datang dengan porch untuk sebiji kereta. Kalau sebiji rumah ada 4 biji kereta itu tandanya apa? Lagi satu ada owner yang renovate rumah,porch dah jadi sebahagian ruang tamu. Ada juga yang letak perabot,pasu bunga,ampaian dan barang-barang di porch,akhirnya kereta parking di luar. Tabiat inilah punca masalah. Developer dah design elok,owner yang tak reti guna.
Quote johan-adx 9-10-2023 07:59 AM
kena taman yg padat dan besar bole selesai ke mslh ni
nak tanak tkde choice
Quote A-Are 9-10-2023 08:24 AM
plg besar pon 2 kereta muat 1 porch, perumahan baru selalunya xda masalah sbb anak2 kecik, jd masalah kat perumahan lama, lepas 20tahun anak2 atleast sorang 1 kereta, last jd 1 rumah 5 kereta...mmg sampai kemana-manalah parkingnya...belum cerita yg jenis renovate rumah sampai ke porch...
Quote venom1 9-10-2023 08:31 AM
kalau gated dan guarded terpakai ke undang2 ni?
Quote antikorok 9-10-2023 09:10 AM
Terbaca komen kat FB, ada orang padan mooka kan aja dua2:- jiran yang tukang report dan jugak penghuni yg sesuka-suki hati parking merata depan rumah orang lain.

Last2 majlis serabot perot, teros kuar notis saman tinggal spenda jahh sesiapa yg parking merata.

Last2 semua pihak rugi katanyehh. Ha gaytuhhh

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054221 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top