CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Anak, Menantu Kerana Bayaran Jaga Cucu Tak Cukup

7-10-2023 02:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1633| Komen: 0

Beijing: Berasakan diri tidak menerima ganjaran sewajarnya menyebabkan seorang warga emas di China menyaman anak dan menantunya berhubung hal penjagaan cucu lelaki.

Kes wanita dikenali Duan itu tular di media sosial negara terbabit selepas mahkamah memerintahkan anak perempuan dan menantunya membayar Duan sebanyak 82,500 yuan (RM54,208) sebagai bayaran menjaga anak mereka selama lima tahun.


Duan dari bandar Guangan, wilayah Sichuan barat daya China memfailkan tuntutan 192,000 yuan (RM126,157) daripada anak perempuannya, Hu dan menantu, Zhu.


Bagaimanapun, mahkamah mendapati jumlah dituntut terlalu tinggi dan mengurangkannya kepada 82,500 yuan.

Mahkamah berpendapat Duan tidak mempunyai kewajipan undang-undang untuk membesarkan cucunya dan berhak mendapat bayaran penjagaan anak daripada pasangan itu.

Duan memelihara cucu lelaki yang tidak didedahkan umurnya antara Februari 2018 dan Julai lalu, lapor Jiupai News yang dipetik SCMP.


Tanggungjawab itu digalas kerana Hu dan suaminya bekerja di bandar Chengdu, dengan pasangan terbabit hanya memberi wang saraan bulanan 1,000 yuan (RM657) dan bayaran penjagaan anak sebanyak 2,000 yuan (RM1,314).

Pada mulanya Duan menjaga cucunya tanpa keluhan, sehingga Julai lalu apabila berasakan usahanya sia-sia kerana tidak mendapat ganjaran mencukupi.

Anak perempuannya berjanji untuk membayar 50,000 yuan (RM32,853) kepadanya dan mereka menandatangani perjanjian itu di luar pengetahuan suami Hu.

Namun, Hu tidak menunaikan janji walaupun didesak Duan sehingga dia nekad mengemuka saman di mahkamah.

Zhu pula berpendapat, ibu mentuanya membuat tuntutan itu kerana dia dan isterinya dalam proses bercerai.

"Orang yang dia mahu saman sebenarnya ialah saya," katanya.

Kisah mereka tular dengan kebanyakan warganet menyokong tindakan Duan dan berpendapat dia berhak mendapat pampasan itu


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067937 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top