Seorang graduan kejuruteraan menganggur kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Katanya walaupun berjaya memperoleh ijazah kelas pertama namun dia bagaikan tiada peluang dalam bidang yang ingin diceburi hanya kerana tidak dapat menguasai bahasa ketiga itu.
"Aku ni belajar dalam ijazah engineering dengan kelas pertama, tapi bab English gagal. Sekarang menganggur cari kerja tak dapat-dapat. "Tak adil dunia ni... apabila pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, kau boleh dapat kerja. "Penat je aku belajar tinggi-tinggi, akhirnya orang yang pandai goreng apabila bercakap yang dapat kerja," luahnya di medias sosial. Di ruangan komen, individu tersebut dibidas kemabli. "Kau silap dengan mindset macam ni. Komunikasi salah satu perkara yang paling penting untuk bina kerjaya. "Tak boleh berkomunikasi, macam mana kau nak yakinkan stakeholders atau pengurusan dengan idea kau? Ubah pemikiran itu,"antara komen yang ditinggalkan.
Perkongsiannya itu mengundang perdebatan warga maya yang bukan sahaja bercanggah pendapat tetapi turut mempersoalkan pencapaian graduan tersebut. Malah ada yang menyatakan bekas mahasiswa seperti itu tidak akan diambil oleh mana-mana syarikat kerana akan menyukarkan urusan. "Sasaran pekerja di syarikat saya bukan pelajar macam ni... Pandai tapi tak smart dan kebanyakannya introvert. "Bukan maksud pandai cakap bohong, tapi kena pandai meyakinkan orang dan macam mana nak mengurus anak buah kalau gagal berbahasa. "Fair? Pergi sertai kelas bahasa Inggeris dan fokus sampai mahir. Ijazah kejuruteraan boleh skor. "Pelik juga ambil kejuruteraan tapi tak pandai berkomunikasi padahal dalam jurusan tu mesti ada semester yang perlukan pembentangan." Pun begitu ada yang beranggapan graduan tersebut bukanlah tidak memahami bahasa asing berkenaan sebaliknya tidak mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi. "Aku rasa dia faham bahasa Inggeris tapi ada masalah komunikasi dalam bahasa tu. Memang banyak yang jenis macam ni. "Apabila tak lepas temuduga, cuba berlatih cakap depan cermin. Kalau dah cuba macam-macam kerja mesti tahu antara soalan penemuduga... belajar dan mahirkan teknik berkomunikasi tu," ujar segelintir netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
eyansss replied at 6-10-2023 05:01 PM
ni la puncanya aku pernah nasihat boss aku : baik amek budak 2nd class tapi hati dan minda terbukak ...
lattehazelnut replied at 6-10-2023 05:43 PM
Bahasa pertama n kedua dia ape?
Baru nak tuduh sskjp produk uitm..
eyansss replied at 6-10-2023 05:01 PM
ni la puncanya aku pernah nasihat boss aku : baik amek budak 2nd class tapi hati dan minda terbukak ...
tungkai replied at 6-10-2023 05:47 PM
Kenapa aku rasa cerita hasanah..?? Kalau grad first class, abis tu subject English cemana dia lulus. ...
tungkai replied at 6-10-2023 05:47 PM
Kenapa aku rasa cerita hasanah..?? Kalau grad first class, abis tu subject English cemana dia lulus. ...
midori888 replied at 6-10-2023 05:17 PM
nie betul...kwn meols yg slalu interview budak pun ckp, dia prefer 2nd class sbb budak2 2nd class ...
anikarma replied at 6-10-2023 06:31 PM
Mak penah bawak 2 Eng ok gi site…..balik office boleh pulak tanya aku hari hari kena gi site ke… ...
Buritan replied at 6-10-2023 04:30 PM
Sbb tuu aku gigi menfluentkan anak aku dgn hinggerisss.. aku tau sgtlaa.. kalo pandai pun tp hingger ...
ADVERTISEMENT