PETALING JAYA -Mengganggu kesantunan dua murid lelaki berusia 11 tahun sebuah sekolah rendah vernakular di Damansara tahun lepas, seorang jurulatih dodgeball didakwa di Mahkamah Majisret di sini hari ini.
Bagaimanapun tertuduh Terrence Ee Soon Lee, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa menganggu kesantunan mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun (semasa kejadian) dengan menjentik kemaluannya dan mencucuk lubang punggung menggunakan kayu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan menjentik kemaluan seorang lagi kanak-kanak lelaki yang berusia sama. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dewan sebuah sekolah vernakular di Damansara di sini antara pukul 2 hingga 2.30 petang pada November hingga Disember 2022.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaanyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu mangsa dan saksi dalam kes ini. Bagaimanapun peguam Datuk Thrichelvam Rasiah memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan. Tarikh 29 November ini ditetapkan bagi sebutan semula kes.- CARI Sumber: Kosmo
|
likilu replied at 6-10-2023 03:18 PM
Sekolah vernacular apa sjkc sjkt ke?
Dodgeball ni game macam mana
airmineral replied at 7-10-2023 12:26 PM
keji perangai dia
elok disebatkan telor dia dgn kayu golf
ADVERTISEMENT