CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Yang Muda Tak Mati Ke? Takkan Kita Nak Rakam Video Kita Beribadah?" Aishah Bengang Dikutuk Dah Tua Masih Buat Benda Lagha

5-10-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3802| Komen: 7

Datuk Aishah bidas dakwaan golongan artis hanya mengejar populariti dan lagha semata-mata.

Kata Aishah, 58, ibadah yang dilakukannya bukan untuk dipamerkan dalam media sosial.

Foto: IG

“Alhamdulillah di atas ingatan daripada para-para ‘wali’  yang mengingatkan I untuk mencari ilmu agama, banyakkan ibadah dan lain-lain.

“Mentang-mentang kita artist senior, yang muda tak mati ke? Cuma I nak perbetulkan sedikit persepsi orang-orang di luar sana yang ingatkan kita ni dalam bidang ini lagha semata-mata 24/7.



“Sebenarnya persepsi itu tidak betul kerana sebagaimana orang lain juga pekerjaan kita mengambil sebahagian dari masa kita setiap hari.

“Itu yang orang nampak, selebihnya masa kita lakukan perkara lain in private. Takkan kita nak rakam video kita beribadah? Dah jadi lain pula, riyak jadinya, timbul perasaan ujub,” katanya.

Walau sibuk dengan kerjaya seni, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa.



Malah menyifatkan amal ibadah seseorang itu adalah urusan bersama Tuhan.

“Insya-Allah walaupun sibuk sedikit dengan pertandingan, kami di sini tidak lupa tanggungjawab kami terhadap Sang Pencipta.

“I sendiri routine sampai di bilik persalinan akan membaca surah Yassin dan kalau sempat surah-surah amalan harian lain.



“Dalam bersiap juga sempat, bukan solat yang wajib saja tetapi yang sunat juga. Yang dirakam video kami praktis nyanyi, tapi masa kami berzikir itu antara kami dan Allah S.W.T.

“Syaitan punya banyak perangkap, yang paling licik apabila mereka dapat membuat manusia rasa hebat dengan amalan mereka sendiri dan memandang hina kepada orang yang mereka rasa tidak sehebat mereka dari segi amalan.

“Jangan kita tertipu dengan  muslihat syaitan. Sia-sia dan rugi di kemudian hari,” pesannya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 5-10-2023 09:22 AM
Sabar la opah ecah....mulut netizen skrg xmacam zaman purba kala...skrg semua hp berjahit kat tangan...mmg kena siap sedia dikecam kl jadi retis ni opah...
Quote mojarean_X 5-10-2023 09:49 AM
Kalo kak aishah ni muda, rasanya bole tapau semua dlm GV termasuk Jac tu. Skang ni terpaksa harapkan hady mirza halang kemenangan jac
Quote Burong_Hantuk 5-10-2023 10:10 AM
        
Quote vee_zara 5-10-2023 08:16 PM
Apsal muka dia mcm mona fendi
Quote haznor 5-10-2023 08:19 PM
Menyampah nya dia ni. Makin tua makin kuat merempan. Nampak mcm acik² PPRT kaki membawang. Tak tally dgn tahap pendidikan sheols graduan overseas kannn .. tak classy lahh ...
Quote rempahkari 5-10-2023 09:50 PM
Love DATUK AISHAH
Quote DeLuna85 5-10-2023 11:10 PM
Tak sangka acik ni kuat meroyan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.039540 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top