View: 3686|Reply: 7
|
"Yang Muda Tak Mati Ke? Takkan Kita Nak Rakam Video Kita Beribadah?" Aishah Bengang Dikutuk Dah Tua Masih Buat Benda Lagha
[Copy link]
|
|
Datuk Aishah bidas dakwaan golongan artis hanya mengejar populariti dan lagha semata-mata.
Kata Aishah, 58, ibadah yang dilakukannya bukan untuk dipamerkan dalam media sosial.
Foto: IG
“Alhamdulillah di atas ingatan daripada para-para ‘wali’ yang mengingatkan I untuk mencari ilmu agama, banyakkan ibadah dan lain-lain.
“Mentang-mentang kita artist senior, yang muda tak mati ke? Cuma I nak perbetulkan sedikit persepsi orang-orang di luar sana yang ingatkan kita ni dalam bidang ini lagha semata-mata 24/7.
“Sebenarnya persepsi itu tidak betul kerana sebagaimana orang lain juga pekerjaan kita mengambil sebahagian dari masa kita setiap hari.
“Itu yang orang nampak, selebihnya masa kita lakukan perkara lain in private. Takkan kita nak rakam video kita beribadah? Dah jadi lain pula, riyak jadinya, timbul perasaan ujub,” katanya.
Walau sibuk dengan kerjaya seni, dia tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada Yang Maha Esa.
Malah menyifatkan amal ibadah seseorang itu adalah urusan bersama Tuhan.
“Insya-Allah walaupun sibuk sedikit dengan pertandingan, kami di sini tidak lupa tanggungjawab kami terhadap Sang Pencipta.
“I sendiri routine sampai di bilik persalinan akan membaca surah Yassin dan kalau sempat surah-surah amalan harian lain.
“Dalam bersiap juga sempat, bukan solat yang wajib saja tetapi yang sunat juga. Yang dirakam video kami praktis nyanyi, tapi masa kami berzikir itu antara kami dan Allah S.W.T.
“Syaitan punya banyak perangkap, yang paling licik apabila mereka dapat membuat manusia rasa hebat dengan amalan mereka sendiri dan memandang hina kepada orang yang mereka rasa tidak sehebat mereka dari segi amalan.
“Jangan kita tertipu dengan muslihat syaitan. Sia-sia dan rugi di kemudian hari,” pesannya. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabar la opah ecah....mulut netizen skrg xmacam zaman purba kala...skrg semua hp berjahit kat tangan...mmg kena siap sedia dikecam kl jadi retis ni opah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo kak aishah ni muda, rasanya bole tapau semua dlm GV termasuk Jac tu. Skang ni terpaksa harapkan hady mirza halang kemenangan jac |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal muka dia mcm mona fendi |
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah nya dia ni. Makin tua makin kuat merempan. Nampak mcm acik² PPRT kaki membawang. Tak tally dgn tahap pendidikan sheols graduan overseas kannn .. tak classy lahh ... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka acik ni kuat meroyan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|