CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah, Tadika, Taska Tutup Jika IPU 200

3-10-2023 12:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7326| Komen: 11

Kuala Lumpur: Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar berkata pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU.


Beliau berkata, ia antara tindakan menghadapi jerebu berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi setakat 8 pagi tadi iaitu 164 kategori tidak sihat. FOTO BERNAMA

"Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan ke arah 200, persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan," katanya dalam siaran media dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), hari ini.


Beliau berkata, pelan PTJK mengandungi tindakan spesifik yang perlu diambil oleh setiap agensi berpandukan kepada tahap amaran tertentu yang ditetapkan mengikut status kualiti udara iaitu bacaan IPU dan petunjuk kepada kesihatan awam.

"Pelan tindakan ini dikemaskini pada tahun 2002, 2006, 2012 dan 2013. Pengemaskinian pelan terkini adalah pada tahun 2018 dengan mengambilkira kemasukan parameter PM2.5 dalam bacaan IPU negara.

"Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan adalah untuk mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi.

"Antara tindakan agensi yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam;

"Menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Sehubungan itu, katanya, JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat dan responsif di atas tindakan-tindakan seperti yang disenaraikan di dalam pengemaskinian PTJK.

Beliau berkata, bacaan IPU direkodkan jam 6 petang tadi menunjukkan satu kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

"Rekod bacaan IPU jam 6 petang tadi menunjukkan 11 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat

iaitu masing-masing dua di Kuala Lumpur membabitkan Batu Muda (116) dan Cheras (160); lima di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Shah Alam (154), Klang (107), Banting (155) dan Johan Setia (144), tiga di Negeri Sembilan iaitu Nilai (161), Seremban (156) dan Port Dickson (152), serta Putrajaya (153)," katanya.

Wan Abdul Latiff berkata, bagi menangani situasi berjerebu di dalam negara, kementerian dan setiap

agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 3-10-2023 12:48 AM
Kalau tutup mak bapak bawak anak2 keluar juga. Takde beza pun.
Quote ina_na 3-10-2023 07:17 AM
Nizleen86 replied at 3-10-2023 12:48 AM
Kalau tutup mak bapak bawak anak2 keluar juga. Takde beza pun.

Beza,ade yg boleh bawak anak p holiday, ade yg meroyan x de sape nk jaga anak2,parent keje..ade yg anta anak2 balik kg sbb x de org jaga...Kan kita dah alami mcm2 sblm ni dgn jerebu nye,dgn COVID nye.. agak2 pdpr start balik x lps ni..hehehe
Quote SPACE COP GABAN 3-10-2023 07:27 AM
pdpr la apa lg...ready laptop dan segala gajet yg perlu ye parent semua????.
Quote Nurdianah 3-10-2023 08:02 AM
oh sedeh,,,x boleh jogging
Quote A-Are 3-10-2023 08:13 AM
Kalau gitu parents pon patut dapat pengecualian utk WFH la kan
Quote Erotika 3-10-2023 09:20 AM
kejap lagi ada la mai yg seru lockdown.....
Quote kucingitam 3-10-2023 09:57 AM
Nizleen86 replied at 3-10-2023 12:48 AM
Kalau tutup mak bapak bawak anak2 keluar juga. Takde beza pun.

itu atas tanggungjawab mak bapak la..sukati nak keluar ke nak terperap ke, janji gov dah bagitau, udara tak elok, dok rumah lebih baik, takde nak salahkn cikgu, sekolah, gov bila anak masing2 sakit sbb jerebu masih kena gi sekolah..
Quote AbukRokok 3-10-2023 12:29 PM
#rindupkp97%

97% netizen menyokong diadakan pkp setelah melalui kajiselidik yg entah bila dilaksanakan skrg baru diuark uarkan
Quote Skuau 3-10-2023 12:31 PM
Nizleen86 replied at 3-10-2023 12:48 AM
Kalau tutup mak bapak bawak anak2 keluar juga. Takde beza pun.

ya..setuju...kita dulu (yg teruk sgt dlu tu)siap buat aktiviti sukan sb boring sgt duk umh.
Quote cmf_PariS 3-10-2023 03:57 PM
duduk le r umah dendiam drpd menghuni spital gomen.. padat nnt
Quote tumpanglalu74 3-10-2023 10:23 PM
Berape bacaan sekarang?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.104830 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top