CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mamat Exists Di Tempat Tinggi Sebab Dia Legenda Kita' - Nabil

26-9-2023 05:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5852| Komen: 26

 "Saya cakap dia berada di tempat tinggi bermaksud dia adalah seorang 'legend'," kata pengacara popular Nabil Ahmad berhubung kenyataannya terhadap penyanyi Exists, Mamat yang berada di tempat 'tinggi' susulan ketiadaannya dalam program All Stars Gegar Vaganza (All Stars GV) sehingga disalah tafsir segelintir pihak.


Nabil berkata, sebagai pengacara dia sentiasa berusaha untuk menghidupkan program popular itu dan memastikan setiap dikongsikan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.


"Saya tidak akan bercakap perkara yang akan menjatuhkan air muka seseorang. Mamat adalah seorang 'legend' terkenal dalam dunia seni ini.

"Apa yang anda fikir tidak sama dengan maksud sebenar yang saya cuba sampaikan. Takkanlah dalam program siaran langsung saya nak cakap sesuatu yang boleh menghancurkan karier saya.

"Tambah pula, saya pernah dikecam sebelum ini gara-gara kurang sensitif ketika mengacarakan program ini untuk musim terdahulu. Jadi sudah tentulah saya akan lebih berhati-hati dan dipantau pihak produksi," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Nabil, dia berharap pihak luar berhenti mensensasikan kenyataannya terhadap Mamat kerana segala fikiran negatif yang difikirkan adalah tidak tepat.


"Saya menghormati setiap penyanyi lama yang ada di Malaysia. Mereka ini adalah figura yang berbakat besar dan mempunyai kredibiliti tersendiri.

"Jangan disebabkan ada pihak cuba melaga-lagakan, saya pula menjadi mangsa sedangkan kenyataan saya tidak membawa maksud yang kebanyakan daripada anda fikir.

"Saya tetap dengan pendirian saya yang mengatakan maksud sebenar Mamat berada di tempat tinggi adalah dia seorang 'legend' dan penyertaannya dalam program GV sebelum ini sudah meletakkan dia di tahap yang lebih tinggi" katanya.

Terdahulu, Nabil dikatakan bergurau secara melampau susulan kenyataannya mengenai ketiadaan Mamat sewaktu mengacarakan program All Stars GV yang baru membuka tirai minggu pertama Ahad lalu.

Situasi bermula apabila pengacara bersama, Elly Mazlein bergurau dengan 'rajuk' mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan sedangkan Ezad diundi masuk mengisi kekosongan slot 'hot seat' musim kali ini.


"Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat," kata Elly seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.

Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: "Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi."

Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: "Ah ye, dia (Mamat) tengah 'hiking'."


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorazurams 26-9-2023 05:22 PM
Elehhhhh poyo laaa si bibir juih ni
Quote kakikuDibibirmu 26-9-2023 05:26 PM
Sohai, sohai, sohai

[youtube]YykjpeuMNEk[/youtube]
Quote imransulaiman 26-9-2023 05:27 PM
Jadi, "hiking" Jihan tu penyedap rasa lah ye? Atau sebagai distractor?
Quote kaseh80 26-9-2023 05:28 PM
Berupa sindiran
Quote dani-rox 26-9-2023 05:30 PM

Quote sleepandream 26-9-2023 06:59 PM
alaa dolu pun dia penah buat lawak mcmtu...
masatu ezad dgn mamat nak perform...
dia announce yg bakal menyanyi ni dua2 adalah BEKAS....
bekas vokalis kumpulan exist....

Quote Ayda89 26-9-2023 08:18 PM
Putar la selagi boleh jibil
Quote Raline 26-9-2023 09:58 PM
COVERLINE?

DULU lawak LUNA maya pun sama
Quote Tunakimchi 26-9-2023 10:03 PM
Mulut dia mmg x boleh control. Low class punya host
Quote Hoola 26-9-2023 10:09 PM
bkn nk sokong org mndadih dan sewktu dgnnya
tp pngcara nk acah tersasull belit selagi bole belit
penonton bkn bodohhh xbole nk agak apa korg cuba mksudkann

hakkkkk ptuihhhhhhhhhhhhhh!!!!
Quote ezacbee 26-9-2023 10:12 PM
Pasni boleh la tersasul pasal comolot ko dulu..

Quote I.K.A888990 26-9-2023 10:28 PM
low class la kau hanat
dan2 kau belit2 mcm la sebelum ni kau tak pernah biadap time host
Quote bungarose 27-9-2023 01:51 AM
Elehhhhh
Dasar mulut jahat
Quote rbmy 27-9-2023 07:28 AM
putar je   ...
backup baik astro
Quote sayurmayur88 27-9-2023 07:30 AM
hukum karma is real. aniaya buat org terasa , akan ada balasannya
Quote tahanie 27-9-2023 08:26 AM
Dia ingat orang bodoh ke
Quote duri_durians 27-9-2023 08:38 AM
bg aku sgt biadap lawak yg dia buat tu.
tak hormat org, mmbuka aib dll.
Quote taji2906 27-9-2023 08:46 AM
macam la dia tu clean zaman dulu2. jangan ingat ko da ada title haji ko lebih tinggi plak.
Quote alien88 27-9-2023 08:51 AM
ezacbee replied at 26-9-2023 10:12 PM
Pasni boleh la tersasul pasal comolot ko dulu..

hat ni win



Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.705259 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top