JAKARTA – Pengguna TikTok yang dikecam hebat kerana makan nasi padang di dalam sebuah pawagam di Indonesia tampil membuat permohonan maaf. Tribunnews melaporkan, Alwi Johan memuat naik video permohonan maaf di TikTok selepas aksinya tular dan mendatangkan kemarahan penonton lain.
“Saya minta maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia dan kepada semua pawagam di negara ini kerana makan nasi padang di dalam panggung wayang,” katanya. Alwi sebelum ini memuat naik video dia ‘menyeludup’ masuk makanan tersebut ke dalam pawagam dengan menyembunyikannya di dalam sebuah beg. Selepas berjaya lolos daripada petugas pawagam, Alwi duduk di atas kerusi lalu membuka bungkusan nasi padang dan makan dengan selamba sambil menonton filem. Nasi padang yang ‘diseludup’ masuk itu mengeluarkan aroma kuat sehinggakan penonton lain dikatakan berasa kurang selesa ketika menonton filem kegemaran mereka.
Namun, Alwi tetap meneruskan makan nasi padang sehingga habis tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen. -CARI Foto: Kosmo
|
ADVERTISEMENT