CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bungkusan Aneh Dalam Perut, Ada Tarikh Di Tapak Kaki- Lelaki Dakwa Jumpa Abu Mayat Orang Jepun Dalam Teddy Bear!

26-9-2023 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1648| Komen: 16

Description: Seorang lelaki menyangka anak patung yang dibelinya ada unsur mistik memandangkan ada bendasing di dalamnya.
Seorang lelaki menyangka anak patung yang dibelinya ada unsur mistik memandangkan ada bendasing di dalamnya.

Patung yang dipercayai berasal dari Jepun itu dibeli daripada seorang penjual boneka preloved.


Dia mendakwa patung miliknya itu adalah tabung menyimpan abu mayat, iaitu cara pengurusan kematian di Jepun.

Foto: mStar

Dakwaan berkenaan dibuat berdasarkan beberapa ciri yang dilihat ada pada patung itu.

Antaranya boneka tersebut dikatakan mempunyai tarikh yang tertera pada tapak kakinya selain pada bahagian dalamannya ada terkandung beg plastik mengisi sesuatu.



"Hasil bedah siasat patung misteri yang saya jumpa sebentar tadi, saya rasa memang betul ada abu mayat yang dibungkus di dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam teddy bear ini.

"Jadi lepas ni berjaga-jaga la kepada pembeli dan penjual kalau terjumpa barangan sebegini. Saya tengah fikirkan cara yang terbaik untuk lupuskan abu mayat ni.

"Tak sangka boleh viral teddy bear ni, kebetulan saya pun ada simpan teddy bear yang serupa, mungkin sebelum ni terlepas pandang," kata lelaki itu membuat rumusan menerusi perkongsian di Facebook.

Andaian yang dibuat lelaki itu menimbulkan rasa gerun kepada warga maya yang kini mula berasa fobia dengan anak patung mainan.

"Alamak takutnya dengar begini, berhantu rumah kalau secara tak sengaja simpan abu mayat entah siapa-siapa punya," kata seorang pelayar.

Namun dakwaan lelaki itu ternyata jauh meleset apabila seorang warga maya yang pernah menetap di Jepun tampil memberikan pencerahan mengenai isu yang dianggap sebagai salah faham.




"Ini bukan teddy bear untuk simpan abu mayat. Di Jepun kita boleh order teddy bear ni untuk bagi hadiah sempena majlis perkahwinan atau sambutan kelahiran bayi. Kita panggil congratulory bear atau newborn bear.

"Tarikh tu boleh jadi tarikh kelahiran bayi atau tarikh perkahwinan, yang ukuran berat tu adalah berat bayi lepas lahir. Yang plastik dalam teddy bear tu adalah pemberat untuk samakan berat teddy bear dengan berat bayi.

"Dekat kaki teddy bear tu pun ada tulis jenis darah bayi sebab orang Jepun percaya benda tu boleh gambarkan personaliti mereka.

"Dekat Jepun kalau nak jual barangan preloved, biasanya mereka akan pergi ke tempat dikenali sebagai Bookoff. Sangat ketat pemeriksaan untuk jual di sini, buku koyak sikit pun dia tak nak ambil, inikan lagi teddy bear ada abu mayat," jelasnya.

Lelaki itu yang sedar akan kekhilafannya segera memohon maaf dan mengambil maklum akan maklumat yang diterimanya itu.

"Alhamdulillah terima kasih tuan atas pencerahan, risau dan hilang semangat apabila difikirkan patung tu ada simpan abu mayat. Kalau sahih dan betul info ni syukur sangat.

"Terima kasih tuan sekali lagi saya ucapkan, saya anggap ini pengajaran dan ilmu," ujar lelaki itu cakna. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 26-9-2023 11:28 AM
seramnya. baru tahu budaya pelik
Quote sayurmayur88 26-9-2023 11:39 AM
keennn. then uolls pon beria jugak nak beli konon estetik ..wkwkwkwkw
Quote azimodin 26-9-2023 11:46 AM
Ni namanya build a bear.

Trend sekarang kalau nak buat memento untuk orang yg dah mati, orang banyak guna abu untuk buat perhiasan macam locket/cincin.
Quote kepompong 26-9-2023 12:12 PM
azimodin replied at 26-9-2023 11:46 AM
Ni namanya build a bear.

Trend sekarang kalau nak buat memento untuk orang yg dah mati, orang banya ...

tu la so yesterday kan simpan abu. buat mug, loket  ke apa2 lah lagi "merapatkan" hubungan


https://chris-parry-handmade.co.uk/collections/cremation-ashes-jewellery-memorial-jewellery
Quote mamajawie 26-9-2023 12:31 PM
benyai buat cuak je tuduh nippon macam2
Quote annehuda 26-9-2023 12:35 PM
korang yg suka beli bundle tu hati-hati skit. kalau bleh samakla. sbb aku penah jumpe kt satu bundle ni satu beg mcm pelik designnye, tp beg custom made utk angkut hanjeng
Quote _blackbird 26-9-2023 12:38 PM
melayu isle kerja nya asik memfitnah hantu dan unsur mistik berpisah teda
Quote myakayina 26-9-2023 12:41 PM
bundle dari jepun jgk yg org jumpa duit tu kan? klu duit ok lah lagi ye tak..
Quote I.K.A888990 26-9-2023 04:41 PM
'hasil bedah siasat' haa amik sampai bedah siasat kau
Quote tumpanglalu74 26-9-2023 08:57 PM
Takkan la sama abu dengan pasir kot..
Quote Cyempaka 26-9-2023 09:01 PM
Tergamak ye beli bebe terpakai.. kalau aku, aku geli
Quote intan244 27-9-2023 06:21 AM
tula. xkan xtau beza abu ngan pasir.
btw ada 2 tarikh 1973 dgn 2002.
birthday org tu confirm yg 1973 tu sbb dia tulis taurus. so kalau hidup dah umur 50 dah orgnya.
yg 2002 tu apa plak. ha jeng3x
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 06:53 AM
azimodin replied at 26-9-2023 11:46 AM
Ni namanya build a bear.

Trend sekarang kalau nak buat memento untuk orang yg dah mati, orang banya ...

last2 kena ragut berhantu rumah peragut
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 06:54 AM
intan244 replied at 27-9-2023 06:21 AM
tula. xkan xtau beza abu ngan pasir.
btw ada 2 tarikh 1973 dgn 2002.
birthday org tu confirm yg 19 ...

2002 tarikh dia jadi baby semula
Quote CiliPadiSedap 27-9-2023 06:55 AM
annehuda replied at 26-9-2023 12:35 PM
korang yg suka beli bundle tu hati-hati skit. kalau bleh samakla. sbb aku penah jumpe kt satu bundle ...

kawan kaka bisnes bundle dpt jam rolex. dan few watch collector item. dia jual kt kaka murah2 je. kaka check dulu kt kedai ori ke tak baru angkat
Quote shi_jewel 27-9-2023 07:37 AM
teringat dengan chucky... come to papa

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.069772 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top