Achey Bocey tidak akan menghalang sekiranya anaknya, Nur Tiara Zinnirah, nak jadi artis. Bagaimanapun dia tetap mahu memberikan pendidikan yang mencukupi meskipun satu hari nanti Nur Tiara pilih untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
“Saya tak akan larang, malah akan benarkan. Tapi biarlah dengan bekalan ilmu dan pendidikan yang mencukupi. “Saya mahu dia menjadi seorang anak seni atau pempengaruh yang bermanfaat kepada masyarakat. Bukan yang kejar glamour dan tekan harga,” katanya kepada Utusan Malaysia. Kata Achey, dia berharap anaknya memilih bidang yang benar-benar diminatinya agar kekal lama dan tidak menyesal dikemudian hari.
|
ADVERTISEMENT