View: 2397|Reply: 3
|
"Kami Utamakan Dia Menjadi Anak Yang Baik, Kepandaian Itu Boleh Diusahakan,"-Achey Tak Halang Anak Jadi Artis
[Copy link]
|
|
Achey Bocey tidak akan menghalang sekiranya anaknya, Nur Tiara Zinnirah, nak jadi artis.
Bagaimanapun dia tetap mahu memberikan pendidikan yang mencukupi meskipun satu hari nanti Nur Tiara pilih untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
Foto: IG
“Saya tak akan larang, malah akan benarkan. Tapi biarlah dengan bekalan ilmu dan pendidikan yang mencukupi.
“Saya mahu dia menjadi seorang anak seni atau pempengaruh yang bermanfaat kepada masyarakat. Bukan yang kejar glamour dan tekan harga,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Kata Achey, dia berharap anaknya memilih bidang yang benar-benar diminatinya agar kekal lama dan tidak menyesal dikemudian hari.
“Mungkin dia berminat kepada muzik. Saya tengok dia suka main dram.
“Apa pun pilihannya, biarlah berserta pelajaran. Setiap hari saya ingatkan dia agar menjadi anak yang baik.
“Pandai itu bagi saya dan isteri adalah bonus. Kami utamakan perangai, jangan buruk bahagian itu. Sebagai ibu bapa, kami utamakan dia menjadi anak yang baik, kepandaian itu boleh diusahakan,” jelasnya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
i ingatkan cik b tadi yang baring kat achey tu |
|
|
|
|
|
|
|
Awal sangat ni dia buat statement macam tu...
Semoga dipermudahkan... |
|
|
|
|
|
|
|
laki bini malas nak siapkan anak elok2 sikit...always biar comot, kekonon comel la apa la.. dah macam budak gelandangan dah...walhal mak pak nak acah lavish walaupun pekat imej cikpung cikpung. Suara tak pernah kontrol...bingit sentiasa... pastu jadikan anak content. |
|
|
|
|
|
|
| |
|