CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afdlin Shauki Dah Kahwin Pengurus Ogos Lalu

24-9-2023 03:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 15270| Komen: 94

Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella.

Afdlin, 52, yang enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka memaklumkan segala urusan pernikahannya berjalan dengan lancar.



"Iya, saya sudah bernikah. Tapi, tidak perlulah beritahu tarikhnya, yang penting semua telah selamat.

"Semuanya berlaku dalam bulan Ogos lalu sebab itu saya pernah cakap bulan Ogos memberi makna buat saya," katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai perkahwinan sama seperti hubungan dengan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah.

Pada masa sama, anak-anak turut menerima kehadiran Marcella, 27, sebagai ibu tiri mereka.


"Saya memang tidak terbuka bercakap mengenai isteri. Tetapi, selepas ini tak perlulah sorok lagi. Kalau nampak saya bersama wanita, itulah orangnya.

"Syukur kehidupan sekarang tenang sahaja. Isteri juga selalu berjumpa anak-anak dan kami makan tengah hari atau malam bersama," katanya.

Terdahulu, khabar angin Afdlin sudah bertemu pengganti mulai tersebar apabila dia memuat naik gambar berbuka puasa bersama seorang wanita Ramadan lalu.

Untuk rekod, Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 24-9-2023 03:44 PM
What did u see in him la dik..dia kawen first time pun u were still in your diapers
Quote irsa 24-9-2023 03:46 PM
Owhhh.. dpt mak muda
Quote cm_vungtau 24-9-2023 03:51 PM
Aduhai. 27 kawin 52. Ko biar betul dik nak spend your 30s and 40s jaga orang tua.
Quote Piramida 24-9-2023 04:07 PM
Ingatkn dah 40an..

Rupanya baru 20an.
Quote Suchi 24-9-2023 04:10 PM
Muda lagi rupanya
Tp ni kira bkn jenis urban atau berbangsa others


Quote shida81 24-9-2023 04:12 PM
Yg jantan pun... Agak2 la org muda.... Sampai bile bdk tu blh tahan kawen ngn org tua...
Quote Belibis 24-9-2023 04:21 PM
shida81: Yg jantan pun... Agak2 la org  ...

Tak kisah la kalau tak tahan pun..boleh running in 4_5 tahun dah kira ok.
Quote xtravaganza 24-9-2023 04:23 PM
Ooo 27 ke..igtkan seangkatan usia..maap laaaa

Quote slyfynx 24-9-2023 04:24 PM
X paham la.
Nape kene sorok.
Kawen tu wajib bg tau org supaya x dtgkan fitnah
Quote Moyangkucing 24-9-2023 04:56 PM
Dari gambar tahun 2020 tu maksudnya dah mula berskandal senyap2 sebelum bercerai ke, caner? Sebab katanya dulu 1st marriage mula retak masa pandemik.... tanya jer.
Quote Galgadot22 24-9-2023 05:01 PM
Finally mamat ni dah mengaku. Yea yea je lah baru kahwin. Dua ni dah kahwin lama noks
Quote chandrahusin 24-9-2023 05:02 PM
Ini kah sbb serai?
Sejenis mcm pak lalat jgk ka
Tp sbb ex bini buat sengap
Sunyi sepi
Quote makcun14 24-9-2023 05:02 PM
dah preggy kot tu yang tetiber announce nikah.
Quote da_lynn 24-9-2023 05:06 PM
Gambar 2020 tu, sedondon pulak colour baju melayu afdlin dengan tudung marcella ni.
Quote anilanil 24-9-2023 05:37 PM
Matang muka datin marcella. Sepadan la dgn tok lin. Ckp 40 plus pon org caya.
Quote babynina30 24-9-2023 06:04 PM
da_lynn: Gambar 2020 tu, sedondon pulak ...


Masa tu dia baru 24.
Betol ke now 27.
Ke 47 ?
Quote doodlediddle 24-9-2023 06:07 PM
becir replied at 24-9-2023 03:44 PM
What did u see in him la dik..dia kawen first time pun u were still in your diapers

Maybe she got daddy issues???
Quote hzln 24-9-2023 06:16 PM
Hakak kalu umo 20an
Ada jantan 50an nak kat akak
Standard hakak tara2 hugh jackman tu berbaloi la
Dgn shedapnya, dgn poket tebalnya
Kurenggg dr itu rentikanla, silap2 nanti hakak nak beranak sepital swasta pun kena mintak tulung kawan2
Ehhhh termengumpat lak
Quote hzln 24-9-2023 06:18 PM
Tahniah kawin pengurus
Moga semakin kurus

#inistatushambarrrr

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034996 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top