CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selektif Bukan Sebab Bergelar Haji - Alif Satar

24-9-2023 01:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 981| Komen: 4

Description: Tidak terlalu selektif dalam memilih karya, pelakon, Alif Satar, masih mengekalkan disiplin sama sebelum bergelar haji dalam memastikan kualiti dan kerjayanya bergerak seiring. Jelasnya, selektif b ...

Tidak terlalu selektif dalam memilih karya, pelakon, Alif Satar, masih mengekalkan disiplin sama sebelum bergelar haji dalam memastikan kualiti dan kerjayanya bergerak seiring.


Jelasnya, selektif bukan hanya pada proses memilih nashkah tetapi sebenarnya cara bekerja dan bagaimana seseorang pelakon menjayakan watak yang diberikan dengan penuh yakin.



“Kalau nak cakap saya perlu selektif kerana bergelar haji, tidaklah. Cuma saya ada cara sendiri untuk melakonkan sesebuah watak. Saya juga ada disiplin tertentu dalam apa sahaja yang mahu dilakukan.


“Sekiranya ditawarkan watak jahat dan bagi saya itu satu cabaran, kenapa tidak? Kalau takut dikecam hanya kerana saya bergelar haji, itu bukan lakonan namanya. Seronok berlakon watak jahat.


“Ada peminat suka tengok saya bawa watak jahat. Berbeza daripada karakter sebelum ini. Memang ada yang terbawa-bawa, tetapi mereka tahu itu sekadar lakonan. Mereka tahu saya bukan begitu,” ujarnya.


Aliff yang bakal muncul dengan filem Perjanjian Anak Syaitan 2 tidak lama lagi juga mengharapkan agar dia diberi peluang menjayakan watak dalam filem aksi yang selama ini diidamkan


“Saya sepatutnya menjayakan sebuah filem aksi perang tetapi itulah, jadual tidak kena pula. Saya percaya kepada rezeki. Tak mahu paksa atau terlalu mahukan sesuatu.


“Saya dalam pada masa sama bangga dengan kualiti filem tempatan. Semakin hari semakin maju ke hadapan,” kongsinya.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lampuled 24-9-2023 06:21 PM
Ok lah mmg berbakat. Nk selective pun ok je. Tingkatkan quality. Kekalkan prestasi.
Quote honeystar_11 24-9-2023 06:22 PM
Bagusla kalau memilih watak yang berkualiti. Sesuai la dgn title Tuan Haji tu
Quote slyfynx 24-9-2023 07:22 PM
Tp ialah berlakon dalam PULAU.
Xpe, pasni selektif lagi ye
Quote one_aiman 24-9-2023 07:25 PM
lepas ni jaga2 sikit..pegi konsert orang melompat2 sebab kau, tiba2 kau tukar nyanyi lagu nasyid sesungguhnya tu..sebagai orang yg dah g haji, kau rasa elok buat macam tu?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057195 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top