Pelakon dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Marcella. Afdlin, 52, yang enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka memaklumkan segala urusan pernikahannya berjalan dengan lancar.
"Iya, saya sudah bernikah. Tapi, tidak perlulah beritahu tarikhnya, yang penting semua telah selamat. "Semuanya berlaku dalam bulan Ogos lalu sebab itu saya pernah cakap bulan Ogos memberi makna buat saya," katanya. Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai perkahwinan sama seperti hubungan dengan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah. Pada masa sama, anak-anak turut menerima kehadiran Marcella, 27, sebagai ibu tiri mereka. "Saya memang tidak terbuka bercakap mengenai isteri. Tetapi, selepas ini tak perlulah sorok lagi. Kalau nampak saya bersama wanita, itulah orangnya. "Syukur kehidupan sekarang tenang sahaja. Isteri juga selalu berjumpa anak-anak dan kami makan tengah hari atau malam bersama," katanya. Terdahulu, khabar angin Afdlin sudah bertemu pengganti mulai tersebar apabila dia memuat naik gambar berbuka puasa bersama seorang wanita Ramadan lalu. Untuk rekod, Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Sumber: mStar |
shida81: Yg jantan pun... Agak2 la org ...
da_lynn: Gambar 2020 tu, sedondon pulak ...
becir replied at 24-9-2023 03:44 PM
What did u see in him la dik..dia kawen first time pun u were still in your diapers
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
6-12-2023 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062191 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.