CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhil Amani Belum Sedia Jawab Status Perkahwinan, Buat ‘Comeback’ Selepas 17 Tahun Menyepi

24-9-2023 03:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7034| Komen: 67

Description: Kisah peribadi dan status perkahwinan penyanyi Ruhil Amani dan suami iaitu Jamil Wilson menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ada mendakwa pasangan itu sudah bercerai.Ruhil atau Ruhil Ama ...
Kisah peribadi dan status perkahwinan penyanyi Ruhil Amani dan suami iaitu Jamil Wilson menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ada mendakwa pasangan itu sudah bercerai.

Ruhil atau Ruhil Amani Hussin, 48, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun belum bersedia bercakap tentang soal berkenaan atas alasan peribadi.



"Saya faham orang ingin ambil tahu tetapi kalau boleh saya tak mahu bercakap tentangnya... Kalau sudah bersedia nanti saya akan beri kenyataan.

"Ada sebab saya tak mahu berbicara soal peribadi," katanya ketika dihubungi mStar.

Ruhil berkahwin dengan Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun.

Selepas melahirkan Ariana, penyanyi yang popular menerusi lagu Kawan ini memilih fokus kepada keluarga dan memperlahkan karier seni.


Ruhil berkata, dia memilih memberi fokus kepada keluarga kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua anaknya membesar.


"Saya sudah mula menyanyi sejak usia 13 tahun dan zaman remaja saya tidak sama seperti orang lain... Apabila sudah dikurniakan anak, keutamaan saya berubah.

"Kalau saya terlepas melihat anak-anak membesar saya akan menyesal. Mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil dan sebab itu saya perlahankan karier seni," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemunculan semula dalam industri seni, Ruhil memberitahu masih menanti masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu yang sudah siap dirakam.

Ruhil berkata, dia juga sedar penerimaan peminat kini mungkin tidak sama seperti mana kemuncak popularitinya pada era 1990-an namun berjanji akan memberi yang terbaik.

"Saya aktif semula sekitar tahun 2018, tetapi selepas Covid-19 melanda perjalanan kerjaya agak perlahan dan show juga tidak banyak.

"Ada banyak lagu yang sudah siap dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Buat masa sekarang biarlah saya simpan dahulu.

"Orang terima saya atau tidak itu terpulang kepada mereka. Saya hanya berikan terbaik seperti sebelum ini... Paling penting saya ikhlas untuk menyanyi dan tidak buat separuh jalan," jelasnya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 24-9-2023 03:56 PM
Kalau tak betul mesti dah nafi siap-siap kan?
Quote Moyangkucing 24-9-2023 04:58 PM
Sihat nya dia sekarang.
Quote wirazam 24-9-2023 05:20 PM
gerbera.memopad replied at 24-9-2023 03:56 PM
Kalau tak betul mesti dah nafi siap-siap kan?

MO artis2 skrg...nasib baik gv tahun nih buat all star...
Quote Dolmat 24-9-2023 05:21 PM
Biasallllaaaahhh statement retis2.. macam tak tahu pulak..
Bila buat comeback selepas menguaaaa adalahhhh tuuu...

Niwaes welcome back mewarnai industry music.
Quote Buritan 24-9-2023 05:26 PM
Moyangkucing replied at 24-9-2023 04:58 PM
Sihat nya dia sekarang.

Tp still cantik lg
Quote Purplehaz 24-9-2023 06:19 PM
Comeback utk cari duit
Quote kiahbosan 24-9-2023 06:48 PM
Baru nampai Laki dia main kat konsert lee hom di Taiwan , Casey seribu impian dgn abrey suwito pun ada jugak...kelas intenasional depa ni!!
Quote dua_chzy 24-9-2023 06:50 PM
Ruhil Amani ni nama yang cukup ikonik masa aiol budak2 dulu.
Quote AWEKSAMURAI 24-9-2023 07:29 PM
Dolmat replied at 24-9-2023 05:21 PM
Biasallllaaaahhh statement retis2.. macam tak tahu pulak..
Bila buat comeback selepas menguaaaa ada ...

Biasa buat comeback ni bila dh status janda kikiki
Quote TomyamPuteh 24-9-2023 07:38 PM
Hari tu dkt MHI kot dia jd guest. Nmpk awet muda walaupun pun 48 tahun.
Quote imanjannah 24-9-2023 08:34 PM
dulu masa dok bukit Mahkota, selalu nampak Si Jamil bawak anak2 nya golf club situ.. pastu pindah tempat lain x thu dah cite diaorg ni
Quote lazim 24-9-2023 08:44 PM
dua_chzy replied at 24-9-2023 06:50 PM
Ruhil Amani ni nama yang cukup ikonik masa aiol budak2 dulu.

Iols suka betul lagu " kita diii bangku sekolah lagii~~~"
Quote Hoola 24-9-2023 08:50 PM
kiahbosan replied at 24-9-2023 06:48 PM
Baru nampai Laki dia main kat konsert lee hom di Taiwan , Casey seribu impian dgn abrey suwito pun a ...

ye le chuolls
mengamit memori betul casey crush lama achik
msh hemcem mcm dulu kee
Quote Hoola 24-9-2023 08:51 PM
tumpang sedih bc tauuk
hrp baik2sj
ank2 pun dh besaq mesti cantik mix
Quote dua_chzy 24-9-2023 09:03 PM
lazim replied at 24-9-2023 12:44 PM
Iols suka betul lagu " kita diii bangku sekolah lagii~~~"


Aiols lak suka betul dengan lagu Anak Dunia dulu. Ni lagu wajib koir SK SMK dulu2 yach!
Quote Bulanbaru 25-9-2023 05:39 AM
Laki sheol dah kahwin baru lahhh.

Now based in LGK ngan janda sexy mexy anak satu.
Quote winky1 25-9-2023 05:52 AM
Pi lah jaga diri balik. Anak-anak dah besar. Get back your life and financial independence.
Quote liyamariska 25-9-2023 06:20 AM
lama gak nk wat comeback Ruhil nih...
Quote de_ikea 25-9-2023 06:51 AM
Bulanbaru replied at 25-9-2023 05:39 AM
Laki sheol dah kahwin baru lahhh.

Now based in LGK ngan janda sexy mexy anak satu.

Jamil jamil.

Ku pikirkan satu. Rupanya dua.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.213107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top