CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Malbatt: Misi Bakara Kutip RM32.5 Juta

19-9-2023 11:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13958| Komen: 14

Kuala Lumpur: Filem penghargaan kepada perajurit negara, Malbatt: Misi Bakara berjaya meraih kutipan sebanyak RM32.5 juta selepas lima minggu tayangan sejak 24 Ogos lalu.

Pengarahnya, Adrian Teh berkata, dia dan seluruh pasukan Malbatt: Misi Bakara terharu atas sokongan penonton dan kejayaan filem itu secara tidak langsung merangsang semangat untuk terus menghasilkan filem berkualiti.



"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menonton filem Malbatt: Misi Bakara. Saya dan pasukan produksi teruja dan dalam masa sama, terharu atas sambutan luar biasa ini.

"Kami mengharapkan kejayaan ini tidak terhenti dan terus memberi impak kepada industri perfileman negara," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Paskal The Movie yang mengangkat kisah unit pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) arahan Adrian yang juga naskhah sulung arahan pengarah itu dalam sinema Melayu mencatatkan kutipan sebanyak RM30 juta, ketika tayangannya pada 2018.


Kali ini, Adrian sekali lagi meraih kejayaan menerusi Malbatt: Misi Bakara yang dihasilkan selepas menonton filem Black Hawk Down yang ditayangkan pada 2001.

Naskhah yang diinspirasikan dari kisah benar, berkisarkan mengenai keberanian dan kehebatan tentera Malaysia itu diharapkan dapat memberikan inspirasi pada orang ramai.

Filem bergenre aksi itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.

Operasi itu menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sr10 20-9-2023 09:32 AM
Kos 20 juta, kutipan 32.5 juta, untung 12.5 juta ja. Bahagi dgn pawagam tinggal beberapa juta jer. Hmmmm mat kilau kos 8 juta, kutipan 100 juta. Puluh2 juta jugak untung tu. Tak dapat nafikan sol ada golden touch. Dia ada soul dalam filemnya. Sol ada soul.
Quote nurul_akmar 20-9-2023 11:08 AM
best ke citer ni?
Quote miamiot 20-9-2023 11:19 AM
Belum pulang modal lg ....
Quote ekselen 20-9-2023 12:59 PM
nanti kalo kuar kt astro first..aku tgk
Quote nsmy 20-9-2023 04:48 PM
Sampai bila ya cerita ni ditayangkan?
Quote beatgirlX 20-9-2023 04:50 PM
nurul_akmar replied at 20-9-2023 11:08 AM
best ke citer ni?

Pada aku best.. Tapi aku suka lg Air Force the Movie..
Best tak best bawak la family tgk... :
Quote ladybugz 20-9-2023 04:53 PM
best jugak sbb pace yg x meleret2. utk movie tempatan bagi i agak menarik jalan ceritanya. i did enjoy it well.
Quote kuceeng 20-9-2023 05:15 PM
agak rendah la compare dgn movie2 box office lain, cam kesian pulak
mmg cite x viral la ek
Quote Mademoisellee 20-9-2023 05:30 PM
sr10 replied at 20-9-2023 09:32 AM
Kos 20 juta, kutipan 32.5 juta, untung 12.5 juta ja. Bahagi dgn pawagam tinggal beberapa juta jer. H ...

Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu mehhhh iols rate 5/10 . Tengok sekali je takde rasa nak repeat. Soul touch semua tu bs
Quote HappyGumbira 20-9-2023 06:06 PM
nurul_akmar replied at 20-9-2023 11:08 AM
best ke citer ni?

meols rasa best. tak de nak meleret2. straight to the point. tak de la part nak ngantuk ke apa
Quote HappyGumbira 20-9-2023 06:07 PM
Mademoisellee replied at 20-9-2023 05:30 PM
Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu me ...

iols xlalu nengok mat kilau celup boroi gitu. pahlawan zaman dulu fit. adiputra langsg xnak buat body homeowrk ke.
Quote sr10 20-9-2023 06:30 PM
Mademoisellee replied at 20-9-2023 05:30 PM
Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu me ...

Yup, netizen mahukan kelainan wpun film history. Sol pandai blend elemen tu. Hype tak hype klu netizen tak nak diorang swipe jer hahahaha. Tapi ramai yg hadap berkali Kali sampai lebai pun hadap. Pesilat2 ramai hadap. Itu segmen marketing mereka. Penduduk Malaysia ada 32 juta. X boleh nak tapau semua hadap benda yg sama. Cukup ko pandai buat market segmen golongan sasaran. Masing2 ada preference masing2. Yg penting tak sakau duit finas pastu flop. Menghabiskan duit rakyat jer
Quote menjad 20-9-2023 06:37 PM
Xbanyak pung yer.  Ngah pikir nak tgk jawan ker malbatt
Quote forselab 25-9-2023 05:13 PM
pd saya filem ni best...! action all the way...
filem Mat Kilau mengecewakan bg saya...tgk sekali cukupla...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055314 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top