View: 14027|Reply: 14
|
Malbatt: Misi Bakara Kutip RM32.5 Juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Filem penghargaan kepada perajurit negara, Malbatt: Misi Bakara berjaya meraih kutipan sebanyak RM32.5 juta selepas lima minggu tayangan sejak 24 Ogos lalu.
Pengarahnya, Adrian Teh berkata, dia dan seluruh pasukan Malbatt: Misi Bakara terharu atas sokongan penonton dan kejayaan filem itu secara tidak langsung merangsang semangat untuk terus menghasilkan filem berkualiti.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menonton filem Malbatt: Misi Bakara. Saya dan pasukan produksi teruja dan dalam masa sama, terharu atas sambutan luar biasa ini.
"Kami mengharapkan kejayaan ini tidak terhenti dan terus memberi impak kepada industri perfileman negara," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Paskal The Movie yang mengangkat kisah unit pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) arahan Adrian yang juga naskhah sulung arahan pengarah itu dalam sinema Melayu mencatatkan kutipan sebanyak RM30 juta, ketika tayangannya pada 2018.
Kali ini, Adrian sekali lagi meraih kejayaan menerusi Malbatt: Misi Bakara yang dihasilkan selepas menonton filem Black Hawk Down yang ditayangkan pada 2001.
Naskhah yang diinspirasikan dari kisah benar, berkisarkan mengenai keberanian dan kehebatan tentera Malaysia itu diharapkan dapat memberikan inspirasi pada orang ramai.
Filem bergenre aksi itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.
Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.
Operasi itu menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis daripada Malbatt 1 menyelamatkan 70 anggota tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kos 20 juta, kutipan 32.5 juta, untung 12.5 juta ja. Bahagi dgn pawagam tinggal beberapa juta jer. Hmmmm mat kilau kos 8 juta, kutipan 100 juta. Puluh2 juta jugak untung tu. Tak dapat nafikan sol ada golden touch. Dia ada soul dalam filemnya. Sol ada soul. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pulang modal lg .... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kalo kuar kt astro first..aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bila ya cerita ni ditayangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar replied at 20-9-2023 11:08 AM
best ke citer ni?
Pada aku best.. Tapi aku suka lg Air Force the Movie..
Best tak best bawak la family tgk... : |
|
|
|
|
|
|
|
best jugak sbb pace yg x meleret2. utk movie tempatan bagi i agak menarik jalan ceritanya. i did enjoy it well. |
|
|
|
|
|
|
|
agak rendah la compare dgn movie2 box office lain, cam kesian pulak
mmg cite x viral la ek |
|
|
|
|
|
|
|
sr10 replied at 20-9-2023 09:32 AM
Kos 20 juta, kutipan 32.5 juta, untung 12.5 juta ja. Bahagi dgn pawagam tinggal beberapa juta jer. H ...
Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu mehhhh iols rate 5/10 . Tengok sekali je takde rasa nak repeat. Soul touch semua tu bs |
|
|
|
|
|
|
|
nurul_akmar replied at 20-9-2023 11:08 AM
best ke citer ni?
meols rasa best. tak de nak meleret2. straight to the point. tak de la part nak ngantuk ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 20-9-2023 05:30 PM
Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu me ...
iols xlalu nengok mat kilau celup boroi gitu. pahlawan zaman dulu fit. adiputra langsg xnak buat body homeowrk ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 20-9-2023 05:30 PM
Mat Kilau tu hype je lebih, sbb netizen dahagakan film history, lain dari yg lain. Tapi film tu me ...
Yup, netizen mahukan kelainan wpun film history. Sol pandai blend elemen tu. Hype tak hype klu netizen tak nak diorang swipe jer hahahaha. Tapi ramai yg hadap berkali Kali sampai lebai pun hadap. Pesilat2 ramai hadap. Itu segmen marketing mereka. Penduduk Malaysia ada 32 juta. X boleh nak tapau semua hadap benda yg sama. Cukup ko pandai buat market segmen golongan sasaran. Masing2 ada preference masing2. Yg penting tak sakau duit finas pastu flop. Menghabiskan duit rakyat jer |
|
|
|
|
|
|
|
Xbanyak pung yer. Ngah pikir nak tgk jawan ker malbatt |
|
|
|
|
|
|
|
pd saya filem ni best...! action all the way...
filem Mat Kilau mengecewakan bg saya...tgk sekali cukupla... |
|
|
|
|
|
|
| |
|