“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan tarik balik gelaran penyondol untuk budak ini. Kalau bukan penyondol nak panggil apa ye?” kata bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman.
Di IG, Fauziah menafikan dia masih lagi tidak ‘move on’ sebaliknya hanya meluah rasa yang terpendam di hati. “Saya menulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya tetapi ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan. “Ada yang merasakan saya tidak boleh move on dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya. “Sedangkan jiwa saya sangat tenang secara total. Apakah meluah rasa tanda orang itu ‘meroyan’ dan tidak menerima kenyataan?,” tulisnya.
Lebih panas, Fauziah turut meminta bekas suaminya itu bersikap jujur untuk mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan kedua. “Jika rasa tindakan saya yang salah, beranilah khabarkan kepada semua tarikh sebenar pernikahan kedua itu. “1 April lepas bekas suami saya beri tahu depan anak saya dia baru bernikah Disember 2022 tahun lepas. Adik ipar saya di Ipoh bagi tahu abangnya perkenalkan bahawa budak itu isteri ke 2 pada 2019. “Isteri baru bekas suami saya pula kata pada kawannya di Kedah mereka dah 8 tahun bernikah. “Perjanjian perkahwinan tak boleh daftar kat Malaysia dan tak boleh ada anak”,” kongsinya lagi.
Fauziah turut mendedahkan mengenai nafkah dirinya yang diabaikan sejak bertahun lamanya dan mendakwa ND Lala sering berfoya-foya dengan isteri baharunya itu. “Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan. Cerminlah diri, bertahun anda tidak bekerja. Pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru. “Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya tetapi janganlah sampai ‘menghabiskan’ dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak. “Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan. “Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah. ND Lala juga turut membuat penjelasan bahawa dia sendiri yang mendekati Siti Munirah, dan meminta restu untuk berkahwin daripada bapa mentuanya itu. Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|