CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 14

Dah Move On, Fauziah Sarman Tetap Akan Panggil Isteri ND Lala Penyondol Sampai Bila-Bila

[Copy link]
Post time 19-9-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan tarik balik gelaran penyondol untuk budak ini. Kalau bukan penyondol nak panggil apa ye?” kata bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman.


Di IG, Fauziah menafikan dia masih lagi tidak ‘move on’ sebaliknya hanya meluah rasa yang terpendam di hati.


Foto: IG




“Saya menulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya tetapi ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan.


“Ada yang merasakan saya tidak boleh move on dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya.


“Sedangkan jiwa saya sangat tenang secara total. Apakah meluah rasa tanda orang itu ‘meroyan’ dan tidak menerima kenyataan?,” tulisnya.


  



Lebih panas, Fauziah turut meminta bekas suaminya itu bersikap jujur untuk mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan kedua.


“Jika rasa tindakan saya yang salah, beranilah khabarkan kepada semua tarikh sebenar pernikahan kedua itu.


“1 April lepas bekas suami saya beri tahu depan anak saya dia baru bernikah Disember 2022 tahun lepas. Adik ipar saya di Ipoh bagi tahu abangnya perkenalkan bahawa budak itu isteri ke 2 pada 2019.


“Isteri baru bekas suami saya pula kata pada kawannya di Kedah mereka dah 8 tahun bernikah. “Perjanjian perkahwinan tak boleh daftar kat Malaysia dan tak boleh ada anak”,” kongsinya lagi.




  



Fauziah turut mendedahkan mengenai nafkah dirinya yang diabaikan sejak bertahun lamanya dan mendakwa ND Lala sering berfoya-foya dengan isteri baharunya itu.


“Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan. Cerminlah diri, bertahun anda tidak bekerja. Pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru.


“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya tetapi janganlah sampai ‘menghabiskan’ dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak.


“Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.


“Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya.




  



Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.


ND Lala juga turut membuat penjelasan bahawa dia sendiri yang mendekati Siti Munirah, dan meminta restu untuk berkahwin daripada bapa mentuanya itu.


Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa Kali mau keluar ini pauziah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik gi carik laki baru gih
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Udoh2 lah tuh makcik. Pergilah hiburkan hati sendiri. Join usrah ke. Malu kat anak menantu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:19 AM | Show all posts
sudah2 la nenek....x payah hadap ex laki yg x ada fungsi tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:21 AM | Show all posts
RETIS KE DIA NI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 10:32 AM | Show all posts
Padan lah muka si lalat tu, keluar video mcm ko buat powerpoint slide kat wartawan konon nak pertahankan bini ko bukan penyondol, kan dah keluar semua tak henti2 mcm trailer dari acik fozi, jolok lah lagi sarang tebuan, lagi byk nanti dia londehkan, sikit pun tak kenang jasa dia dan anak dia yg ko dah peras habis2 dgn bini muda tu. Wt hv u got left?? Tgk lah nanti mampu ke cinta bini muda ko bertahan kalau ko dah kering kontang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak bleh gelar penyondol.. gelar aje KONTRAKTOR TAMBAH MASJID!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak jangan cover cerita pasal rempanan maklalat ni?

Kalau hati tenang, takde la merempan. Kalau hati tenang, diam2 je doa minta Allah tunjukkan kebenaran & balas kejahatan pelaku. Ni kalau merata alam merempan, tang mana hati dah tenang tu?

Maklalat ni jangan sampai aku upgrade nama dia jadi maklangau
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:52 AM | Show all posts
setahu aku penyanyi bernombor jer org x gelarkn penyondol.. yg lain tetap penyondol.. forevaaaaaaaaaaaa..................
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Kak....ni mmg real penyondol..ciri utama laki tu buang anak2..tak bg nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 19-9-2023 10:52 AM
setahu aku penyanyi bernombor jer org x gelarkn penyondol.. yg lain tetap penyondol.. forevaaaaaaaaa ...

Org x panggil sondol
Org panggil caras
Sbb caras laki mak angkat

Tak pasti sejak bila guna term penyondol utk perampas laki org
Mungkin bini tua bured, maki adira something psl babi penyondol
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:41 PM | Show all posts
hzln replied at 19-9-2023 12:37 PM
Org x panggil sondol
Org panggil caras
Sbb caras laki mak angkat

owh ye jugak.. caras/sailang la kn..
ye kn.. mgkn la kot start bini tua bured penyondol tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:14 PM | Show all posts
Tak kisah la acik..kawim 1hari..kawin 10 tahun...dah kawin pun. Buat apa nak mengenang bekas suami mcm tu. Kalau move on..nama pun kita dah tak sebut. Cari la kebahagiaan..tunjukkan yang acik pun boleh berbahagia tanpa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:45 PM | Show all posts
Laa acik ni pegi le jual pisang goreng depan rumah takde la asyik meratap hiba kat medsoso pasal pakcik Amir Amzah ni lagik.. ekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073365 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list