Putrajaya: Seorang pemuda berusia 22 tahun yang alat sulitnya terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu hanya memperoleh RM123,556 oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini. Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ravintharan Paramaguru selepas mendapati jumlah RM3.1 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah terlalu tinggi.
Meskipun jumlah itu dipinda, panel-panel tersebut berpendapat perayu iaitu Kerajaan Malaysia dan empat yang lain bertanggungjawab terhadap insiden itu. “Kami tidak berhasrat untuk menggangu dapatan yang dibuat oleh hakim terdahulu berhubung isu liabiliti (tanggungjawab) yang mendapati kesemua perayu telah cuai apabila melengahkan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada responden (pemuda itu) sehinggalah pembedahan dilakukan pada pukul 8.30 malam. “Bagaimanapun, bagi isu ganti rugi, kami mendapati campur tangan daripada pihak kami. Ganti rugi am sebanyak RM2 juta adalah terlalu tinggi. Oleh itu kami hanya memberikan RM100,000 bagi ganti rugi am. Ganti rugi teruk dan teladan yang masing-masing berjumlah RM500,000 (yang diperoleh sebelum ini) setiap satu turut dibatalkan kerana ia tidak pernah dimasukkan dalam pliding saman,” kata Hakim Ravintharan.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk See Mee Chun dan Hakim Mohamed Zaini Mazlan. Dalam prosiding hari ini, perayu merupakan Kerajaan Malaysia; Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; Pengarah Hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor. Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Malaysia memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi RM3.1 juta kepada seorang pemuda berusia 22 tahun yang alat sulitnya terpotong ketika berkhatan 12 tahun lalu selepas mendapati hospital cuai dalam kejadian itu. Pada 7 April lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Akhtar Tahir membenarkan saman kecuaian yang difailkan pemuda berkenaan terhadap Kerajaan Malaysia, Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, Pengarah Hospital, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor. Sumber: Kosmo! Online |
kakikuDibibirmu replied at 19-9-2023 12:06 AM
Generasi sunat laser tersenyum sinis ...
ADVERTISEMENT