CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Arab Minum Susu Pekat Manis Terus Dari Tin

18-9-2023 04:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5583| Komen: 44

Description: Petaling Jaya: Seorang lelaki Arab yang fasih berbahasa Melayu mengejutkan orang ramai apabila mendakwa masyarakat Arab gemar minum susu pekat manis begitu sahaja.Abu Ratib menerusi perkongsian di Tik ...
Petaling Jaya: Seorang lelaki Arab yang fasih berbahasa Melayu mengejutkan orang ramai apabila mendakwa masyarakat Arab gemar minum susu pekat manis begitu sahaja.

Abu Ratib menerusi perkongsian di TikTok, berkata, orang ramai tidak perlu rasa pelik kerana ia adalah kebiasaan bagi masyarakat di sana.


Seorang lelaki Arab mendakwa gemar meminum susu pekat manis dan menunjukkan cara-cara memakannya kepada orang ramai di TikTok.

“Jangan rasa pelik kalau nampak orang Arab minum susu pekat sebab dekat negara Arab memang kami makan macam ni ja.

“Bukan campur teh o atau makanan apa. Cuma kalau buat salad buah, kami letak sikit tapi kebanyakan makan macam ni,” katanya.

Namun kongsinya, harga susu pekat di negara Arab jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.

“Memang mahal bukan macam dekat sini, murah. RM2 ke RM3, dekat Arab yang besar harga RM70 ke RM80, memang mahal sangat.


“Kami selalu beli yang tin kecil harga dalam RM20,” jelasnya sambil menunjukkan cara-cara meminum susu tersebut.

Hantaran lelaki itu menerima pelbagai respons orang ramai yang dilihat kurang senang dengan perkongsian berkenaan.


“Jangan ditiru ya adik-adik. Susu tin kat Arab asli susu lembu, susu tin Malaysia 90 peratus gula,” ujar seorang pengguna.

“Dia pi beritahu kata susu tin kat Malaysia murah pulak dah. Esok lusa harga naik la susu tin ni,” komen Jomlock.

“Saya ada dua orang kenalan gini la gila susu pekat. Tapi arwah dah kencing manis. Realiti,” kongsi @DoubleG.

“Abang yang makan susu pekat, kaki saya pula rasa dah kena potong,” usik Mr.fred. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-9-2023 05:12 PM
uii berdesing tgk dia minum.. maneh gile weii
Quote krustykrab 18-9-2023 05:12 PM
Ereb ni konfiden je telan krimer manis tu
Tak lama lagi kaki ko pun kena potong
Quote antikorok 18-9-2023 05:39 PM
Edited by antikorok at 18-9-2023 05:41 PM

Tak pelik sbb memang Arab ni cukup dikenali sebagai ummah tergumuk ter obes dan peratus diabetes antara yg top 20 di donia selain Murika





People with Middle Eastern ancestry had the highest prevalence of T2DM (42%) compared to Asian, European, African and Americans. Moreover, obesity (BMI > 30 kg/m2) was the most significant factor contributing to T2DM among all participants (P < 0.01).


https://www.emro.who.int/emhj-vo ... 0Eastern%20ancestry


Quote jazaa100 18-9-2023 05:39 PM
Dulu² susu dlm tin tu betul² susu mcm susu cap junjung....

Skrg ni lepa kelapa sawit & gula ...
Nak mampuhhh mkn mcm tu je
Quote airfilterkotor 18-9-2023 05:47 PM
Malaysia tak tersenarai?
Quote noor2 18-9-2023 06:10 PM
Oh pelisla...nk muntah aku tgk sb terlalu manihhhh....abis org2 arab tak.kena kencing manih ka ?...
Quote plywood 18-9-2023 06:42 PM
tak ada apa yang nak dibanggakan dengan kemampuan makan gula dengan banyak.. video ni patut kena ban
Quote Prickford 18-9-2023 06:56 PM
“Jangan ditiru ya adik-adik. Susu tin kat Arab asli susu lembu, susu tin Malaysia 90 peratus gula,” ujar seorang pengguna.

I work closely with F&N, label je tukarrrr sbb Malaysia pengeksport terbesar susu tin. Susunya tetap sama nyahhh...


Quote Lampuled 18-9-2023 07:05 PM
Tgk gambar dia teguk susu tu tetiba tapak kaki i yg rasa nyilu.
Quote bintangct 18-9-2023 07:09 PM
aduhh kwn2 dia pls la nasihat dia Gila apa makan gula mcm tu
Quote rosmahisham 18-9-2023 07:27 PM
Uiiih..manis leting tu..x takot potong kaki ke?iols zmn kecik2 dulu klu blk kg..grg sukun ke pisang cicah susu pekat..sbb sulun tu x berapa manis..pisang pon mkcik iols suka grg yg mengkal2 iols x suka sbb x manisss
Quote Atata 18-9-2023 07:29 PM
Uiiii gila!!! Tekup mulut aku tengok dia telan tu susu. Wuihh dia tuang gitu banyak sepenuh mulut, zup hilang dia telan! Walaweiii susu tu punya lah pekat boleh lalu kat tekak dia secepat tu macam airrrr eeeeee
Quote amyza 18-9-2023 07:35 PM
Susu pekat dah ler manis, telan mcm tu jer dia
Dulu masa belajar buat kek, susu pekat tu kukus 4jam mcm tu utk jadikan caramel. Caramel jimat kos.
Quote jiwasemangat 18-9-2023 08:11 PM
Sbb dia minum macam tuu kulit muka dia nampak mulus agak eh..
Quote hyie 18-9-2023 08:28 PM
noharammmm
Quote shamsadis 18-9-2023 08:47 PM
masuk hospital Malaysia, tak bayar bil, pastu, bil tu nanti dibayar pulak oleh cukai rakyat Malaysia
Quote naina 18-9-2023 08:52 PM
Yakkkkk meloyaaaa
Tapi orang Kelantan suka makan roti canai cicah susu ni kan. Tak pelik sebab orang sana suka manis2.
Quote dua_chzy 18-9-2023 08:54 PM
Gelinya tengok hoi serupa tengok orang makan ular, makan katak! Boleh imagine manisnya gimana dia tuang gitu ja susu tu masuk mulut, ya Allah! Aku ingatkan tuang sikit2 ni banyak camtu, gila!
Quote allshares 18-9-2023 08:54 PM
Ape nk heran. Cer korg try mkn manisan middle east. Mmg manis leting mcm mkn bersudu2 gula. Ade jenis kek2 yg direndam dlm gula tu ya ampun tgk pun rasa melekit. Baklava pun sama.

Lihat semua komen(44)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.081523 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top