CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima tahun menjalin cinta, Eyka Farhana, Akhyar Rashid akhirnya bertunang

5-11-2024 12:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1| Komen: 7

 


Selepas hampir lima tahun menjalin cinta, pelakon Eyka Farhana kini melangkah setapak apabila selamat bertunang dengan  pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid pada 4 Ogos lalu.

Tanpa berkongsi secara terperinci, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Wam Sarmizi, 29, hanya memuat naik kapsyen dengan memberi salam kepada tunangnya.

“Masha-Allah Tabarak-Allah, salam tunangku,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.


Dalam foto yang dikongsi, Eyka dan Akhyar manis dengan pakaian warna senada iaitu coklat selain gembira menunjukkan cincin tunang yang diterima daripada pihak lelaki.

Dia juga berkongsi foto sebiji kek dan cincin memaparkan tarikh 4 Ogos 2024 sebagai simbolik hari pertunangan mereka.

Difahamkan majlis tunang Eyka dan Akhyar diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga mereka sahaja.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih ratusan ucapan tahniah dan doa daripada netizen termasuk rakan selebriti.

“Alhamdulillah. Tahniah sayang,” komen Bella Astillah.

“Pertama kali lihat majlis pertunangan artis popular yang diadakan dalam majlis serba ringkas.

“Perkahwinan mereka mesti ‘gempak’ punya nanti sebab pemain kebangsaan dan artis,” komen netizen.

Kisah percintaan Eyka bersama Akhyar mula dihidu sejak 2020 selepas mereka beberapa kali dilihat keluar ‘dating’ dan bercuti bersama.

Eyka juga sebelum ini pernah menafikan sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman solo.  


SUMBER: – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote braiwebpro 11-11-2024 08:27 AM
Mobile Legends has dominated the Southeast Asian gaming market since its launch. With over 100 million downloads and a growing number of active players daily make Mobile Legends has captured the hearts of many players in the region.
Among the various reasons for its immense popularity, the primary factors contributing to its success include accessibility, engaging gameplay, and strong community support. This article will delve into the factors that make Mobile Legends so special among Southeast ...
Quote braiwebpro 11-11-2024 08:26 AM
ADAD
Quote Carcosa 5-11-2024 07:50 PM
Meols suka jah dik Eyka ni, sbb dia lawo. Of course lah beauty privilege kan. Takkan la aku nak suka tgk retis muka berlemoih huduh bopeng2 mcm lopak air kan?
Cepat2 la kawen dik Eyka. Tunang2 ni takut gak, sbb dah 5 tahun bercinta, takut tak jadi kang. Baik cepat2 yach.
Tiberrr aku nasihat mcm dia depan aku
Quote fanaz82 5-11-2024 12:59 PM
tahniah. bila nikahnya?
Quote Akalditipumata 5-11-2024 12:45 PM
Sbb dh biasa tgk dia siap raya ngn fmly lelaki ikut balik kg smua.. so biasa je nyahhh.. xde seri tunang. Halalkn jela cpt2.. sbb xkwen pn mcm dh kawen dh aku tgk..
Quote strawberrymerah 5-11-2024 12:03 PM
cantik la eyka ni
Quote Binodino 5-11-2024 11:14 AM
Selepas berangkut berkepit bergesel kehulu kehilir 5 tahun, baru nak bertunang? Kenapa tak nikah terus? Tahun bila pulak nak nikah? Tunggu si perempuan tu menopos?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.028926 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top