CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konduktor Bas Pitam Hidu Bau Durian Dibawa Penumpang

15-9-2023 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2013| Komen: 5

BANGKOK, Thailand  –  Seorang konduktor bas pitam selepas menghidu bau buah durian yang dibawa penumpang.

Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.


Mothership melaporkan keadaan itu berlaku kerana dia alah pada durian.

Foto: FB

Kata Kussama lagi, selepas menyedari penumpang tersebut membawa durian, dia menegurnya  kerana buah durian dilarang dalam pengangkutan awam di Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama dilihat terbaring di atas tempat duduk bas sambil dibantu oleh dua individu.

Tambah Kussama, insiden itu menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 15-9-2023 09:18 AM
Overnyer ko dek
Quote boo03 17-11-2024 05:43 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.041799 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top