PETALING JAYA – Bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan yang ditemui maut di dalam sebuah beg sukan 14 tahun lalu mengucapkan selamat hari lahir buat arwah anaknya itu. Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat hari lahir kepada Nurin Jazlin yang memasuki usia ke-24 tahun sekiranya masih hidup pada 11 September lalu.
“Happy birthday (selamat hari lahir) Kak Ngah yang ke-24 tahun. Dipinjam pada 11 September 1999, dipulangkan kembali pada 17 September 2007. Selamat ulang tahun, Al-Fatihah,” tulisnya di Facebook. Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut mengucapkan selamat hari ulang tahun selain memberi kata-kata semangat kepada bapa kanak-kanak itu. “Bermainlah di syurga wahai bidadari syurga. Kita yang tiada pertalian sekadar saudara seagama sampai sekarang rasa hiba. Semoga keluarga terus kuat dan reda atas pemergian. Kepada pelaku, sesungguhnya mahkamah Allah SWT itu pasti,” kata Sofea.
“Tak pernah terlepas ikuti kisah adik Nurin. Sedih bila teringat, semoga pelaku diberi balasan setimpal,” kata Mazlina. “Al-Fatihah sayang. Teringat anak sepupu, Sharlini. Tak lama lepas Nurin diculik. Sampai sekarang, tak tahu nak cakap luka dan sakitnya macam mana,” luah Diana. Terdahulu, Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, kira-kira pukul 8 malam pada 20 Ogos 2007. Penjenayah yang dikatakan menculiknya menyumbat mayat mangsa dalam beg sukan sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya. – CARI Sumber: Kosmo
|
lanacondor replied at 13-9-2023 04:38 PM
Kisah dia ni mcm cerita 'the lovely bones'. Tgk cite tu mmg sakit ati. Semoga pembunuh adik ni terim ...
lanacondor replied at 13-9-2023 04:38 PM
Kisah dia ni mcm cerita 'the lovely bones'. Tgk cite tu mmg sakit ati. Semoga pembunuh adik ni terim ...
dani-rox replied at 13-9-2023 09:41 AM
Happy heavenly birthday, baby girl.
ifanonline replied at 13-9-2023 04:45 PM
exactly...mesti cantik Nurin ni sebab masa kecik pun dah lawa...semoga Allah swt melaknat individu ...
lanacondor replied at 13-9-2023 04:38 PM
Kisah dia ni mcm cerita 'the lovely bones'. Tgk cite tu mmg sakit ati. Semoga pembunuh adik ni terim ...
lanacondor replied at 13-9-2023 04:38 PM
Kisah dia ni mcm cerita 'the lovely bones'. Tgk cite tu mmg sakit ati. Semoga pembunuh adik ni terim ...
Suchi replied at 13-9-2023 06:28 PM
Sebenarnya kita perlu ke lg raikan besday org yg dah tak bertambah usia ya?

ADVERTISEMENT