CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Makan Daging Babi, Bapa Benarkan Anak Murtad- Filem Mentega Terbang Diharamkan Di Malaysia

13-9-2023 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4035| Komen: 14

Description: PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di Malaysia
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di Malaysia

Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh 1 September lalu, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos lalu.


Larangan itu dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.



“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta berkenaan.

Berdasarkan warta itu juga, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.


Filem Mentega Terbang dilihat menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia selain mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Selain itu, tular beberapa sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu kemudian mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 13-9-2023 04:57 PM
Botol arak pun lebai tak berani sentuh ini kan pula filem seperti ini pastilah akan diharamkan di Malaysia.
Quote lanacondor 13-9-2023 08:18 PM
Dia mcm ni la. Mak ayah cikgu ajar dari kecik la didik suruh pergi sekolah supaya esok besar tau mana betul mana salah. Tapi bila besar ko rasa ko degil mak ayah guru2 kolot terpulang. Esok dh besar kene bala bertimpa2 baru nak nyesal pon xde guna.. org sekeliling termasuk pemimpin dah usaha banteras. Ko nak pilih bnd haram jugak ko punya pasal. Esok kalau ada org makan kucing,makan bayi or makan org hidup2 jangan salahkn org lain.
Quote noor2 13-9-2023 08:23 PM
Kawan aku muslim ...muslim tp x mcm muslim..anaknya nk murtad dia pun x kisah..katanya ikutla ..itu hak masing2...
Quote kepompong 13-9-2023 09:21 PM
noor2 replied at 13-9-2023 08:23 PM
Kawan aku muslim ...muslim tp x mcm muslim..anaknya nk murtad dia pun x kisah..katanya ikutla ..itu  ...

meaning that cerita mentega terbang ini kisah benar?
Quote kakikuDibibirmu 13-9-2023 09:39 PM
Butterfly tersenyum sinis
Quote blue_blur 13-9-2023 09:57 PM
noor2 replied at 13-9-2023 08:23 PM
Kawan aku muslim ...muslim tp x mcm muslim..anaknya nk murtad dia pun x kisah..katanya ikutla ..itu  ...

citer la lagi.... lifestyle dorang macam mana.... apa2 lah, sebab nak tau juga info puak2 ni...
Quote slyfynx 13-9-2023 10:08 PM
Bukan mende ni dah lama ke?
Nape nk up balik?
Quote terma2nkondisi2 14-9-2023 01:21 AM
slyfynx replied at 13-9-2023 10:08 PM
Bukan mende ni dah lama ke?
Nape nk up balik?

dulu kecoh sebab tayangan cite ni jadi polemik berkaitan politik

berita yg baru ni pula adalah berkenaan pengharaman yg mmg betul2 mengharamkan tayangannya oleh kdn menerusi warta bertarikh 1 september yg ditandatangani oleh menteri kdn, saifuddin nasution
Quote FlexyFox 14-9-2023 02:16 AM
noor2 replied at 13-9-2023 08:23 PM
Kawan aku muslim ...muslim tp x mcm muslim..anaknya nk murtad dia pun x kisah..katanya ikutla ..itu  ...

Sungguh moden terbuka fikiran rakyat Malaysia sekarang ya Noor... Biasanya moden macam mana pun, open minded mcm mana pun, buat dosa2 besar mcm manapun,  tapi kalau bab nak keluar dari Islam ni tak ada ibu bapa yg rela disebabkan kepercayaan yg simurtad akan masuk neraka selamanya. Tapi tu dululah....
Quote noor2 14-9-2023 05:45 AM
FlexyFox replied at 14-9-2023 02:16 AM
Sungguh moden terbuka fikiran rakyat Malaysia sekarang ya Noor... Biasanya moden macam mana pun, o ...

Kawan i melayu bukan duk Malaysia..dah 33 tahun duk london..last balik Malaysia 11 tahun dulu...tapi exwife dia  bukan melayu dan convert balik ke agama asal dan anak dia yg minta nk convert ke agama ibunya sb anak dia exwife dia bela...exwife dan anaknya duk Malaysia la...
Quote noor2 14-9-2023 05:47 AM
blue_blur replied at 13-9-2023 09:57 PM
citer la lagi.... lifestyle dorang macam mana.... apa2 lah, sebab nak tau juga info puak2 ni...

Kawan i melayu bukan duk Malaysia..dah 33 tahun duk london..last balik Malaysia 11 tahun dulu...tapi exwife dia  bukan melayu dan convert balik ke agama asal dan anak dia yg minta nk convert ke agama ibunya sb anak dia exwife dia bela...exwife dan anaknya duk Malaysia la...
Quote noor2 14-9-2023 05:48 AM
kepompong replied at 13-9-2023 09:21 PM
meaning that cerita mentega terbang ini kisah benar?

Rasanya peejalanan cerita x sama ..sb kak x pernah minat nk tonton drama atau filem Malaysia tambah2 yg tah apa2 mcm ni...
Quote blue_blur 14-9-2023 06:00 PM
noor2 replied at 14-9-2023 05:47 AM
Kawan i melayu bukan duk Malaysia..dah 33 tahun duk london..last balik Malaysia 11 tahun dulu...ta ...

kalau kes macam ni, kita judge secara kasar, bagus la wife dia masih rasa kuat nak amalkan keagamaan, kembali ke agama asal, bukan kepada freethinker/atheis/etc.. bukan salah bini dan anak dia... nampak sangat amalan agama laki nya pun sangat lemah sampai bini asal rasa lebih baik ke agama asal... takpa, tanggung lah akibatnya dineraka sebab susur galur nya murtad ntah berapa generasi nanti...
Quote jejaka_hensem 14-9-2023 06:15 PM
noor2 replied at 13-9-2023 08:23 PM
Kawan aku muslim ...muslim tp x mcm muslim..anaknya nk murtad dia pun x kisah..katanya ikutla ..itu  ...

Sama la sis.
Kawan saya pun muslim,tapi merokok.tapi babi tak makan sebab haram dia kata

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061366 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top