Pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi gambar mesra di media sosial untuk mengelakkan penyakit ain dan mata-mata jahat. Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Janna berkata video mesra bersama suami yang dikongsikan di Instagram itu adalah atas tujuan kerja dan bukan untuk menunjuk atau menyakiti mana-mana pihak.
"Yang korang tengok video sweet itu semua video berbayar. Kalau ikutkan hati, sebenarnya saya tak nak kongsi sebab takut dengan evil eyes. "Takut nak tunjukkan benda yang terlalu sweet tapi itu permintaan client, kita tunaikanlah. "Ikutkan hati tak nak share, follow Dini pun tak kat Instagram," katanya. Demi mengelakkan sebarang kontroversi di masa hadapan, Janna menjelaskan dari awal bahawa mereka langsung tidak mengikut satu sama lain di Instagram.
|
slyfynx replied at 11-9-2023 09:41 PM
Baiklah.
Saya sgt percaya wahai Nurul Jannah binti Muner
ADVERTISEMENT