"Nak elakkan perkara macam tu lah, jadi lebih baik kita tak follow masing-masing daripada sekarang.
"Daripada nanti orang pertikaikan kenapa dulu follow, sekarang tak follow, jadi awal-awal kita bagi tahu memang tak follow suami dekat Instagram," katanya lagi.
Aktres itu juga tidak menafikan rumah tangga mereka juga menerima pelbagai ujian seperti pasangan lain cuma tidak dikongsikan di media sosial.
"Dalam rumah tangga ada pasang surut, jadi apa yang kami share tu janganlah dengki dengan kami.
"Kita sama, manusia biasa. Ada masa kami bergaduh, tak bercakap cuma tak rekod la," kata Janna.
Untuk rekod, Janna dan Dini bernikah pada 10 Jun lalu dalam satu majlis yang berlangsung di Langkawi dan dihadiri rakan serta keluarga terdekat.
Sumber: Xtra