Oleh Adib Za
Keadaan kecoh dalam persidangan Dewan Rakyat apabila ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen berdegil untuk berucap dalam bahasa Inggeris.
Mengulas hal itu, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, beliau melihat hal ini sebagai satu langkah merendahkan martabat negara dan menegakkan kebanggaan palsu. “Beliau tinggal di Malaysia, oleh itu tentunya beliau sedia maklum dengan bahasa kebangsaan. Jika bertegas juga untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka orang seperti ini perlu bersedia untuk turun (meletakkan jawatan) sebagai Ahli Parlimen,” katanya, menerusi akhbar Utusan Malaysia. Nyata sekali tiada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana ahli Parlimen untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam sidang Dewan Rakyat. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Utusan Malaysia
|
KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.
Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.
“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.
altimi replied at 19-11-2015 08:45 AM
inb4 cakap English pun terkial-kial...
bit replied at 19-11-2015 08:29 AM
Bajet ke hulu bajet ke hilir last last marah orang speaking
ADVERTISEMENT