CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Rusa Ceroboh Masuk Ke Dalam Perkarangan Parlimen

20-4-2017 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3097| Komen: 19

Description: Parlimen semalam menerima kunjungan pelawat istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-main di dalam kolam di perkarangan menara utama Parlimen, kira-kira pukul 1 ...
Parlimen semalam menerima kunjungan pelawat istimewa, terdiri daripada sekumpulan rusa yang secara tiba-tiba dilihat bermain-main di dalam kolam di perkarangan menara utama Parlimen, kira-kira pukul 11.45 pagi kelmarin. 


Memetik laporan Bernama, seorang pengawal keselamatan di Parlimen berkata, kumpulan kira-kira 7 ekor rusa daripada puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelawat bangunan Parlimen itu, dipercayai terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara berlangsung.

“Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama."

“Kesemua rusa berkenaan dapat ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam kandang, kira-kira sejam kemudian, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.”
 
Insiden itu turut menarik perhatian Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berada di Parlimen bagi menghadiri sesi persidangan Dewan Negara hari ini.


Beliau turut memuat naik gambar seekor daripada rusa berkenaan dalam laman Facebooknya.

Puluhan ekor rusa spesis Axis-axis yang dihadiahkan oleh bekas presiden Indonesia, Suharto kepada Parlimen Malaysia, ditempatkan di dalam kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa itu.- CARI

sumber foto: internet


1

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote the_killer 20-4-2017 12:12 PM
Puluhan ekor rusa spesis Axis-axis yang dihadiahkan oleh bekas presiden Indonesia, Suharto kepada Parlimen Malaysia, ditempatkan di dalam kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa itu.- CARI

Indon susah jajah Malaysia...parlimen malaysia milik indonesia
Quote lil_honey 20-4-2017 12:12 PM
sebelah kan taman rusa
cam comel je dia mandi kat kolam tu..
Quote boyagombak 20-4-2017 12:13 PM
Wah ni petandanya ringgit Malaysia yg ada gambo Rusa tu akan turun turun turun dan turun lagi
Quote krustykrab 20-4-2017 12:14 PM
nasib bukan rimau kan
Quote harrypoter 20-4-2017 12:28 PM
rusapun tak suka dgn gomen skang
Quote gigahertz 20-4-2017 12:36 PM
krustykrab replied at 20-4-2017 04:14 AM
nasib bukan rimau kan

nasib baik bukan anjing dan khinzir
Quote ultra78 20-4-2017 12:40 PM
Oh..so sweet..
Quote Artemesiaa 20-4-2017 12:42 PM
Rusa lepas kandang cam tu le rupanya
Quote catalina 20-4-2017 12:47 PM
dia nak marasa mandi kat swimming pool
Quote RatuDunia94 20-4-2017 12:50 PM
Ibarat Rusa Masuk Parlimen..
Quote DeeHanania 20-4-2017 12:52 PM
Rusa pun nak ngok kawasan jugak...hihihi
Quote dubuk 20-4-2017 01:12 PM
ohhh my cousinnnnnnnnn
Quote idakamaruddin 20-4-2017 02:18 PM
comel sgtttt
Quote syitaeyqa 20-4-2017 02:26 PM
hahaa comel jeee. selalu kalau masuk parlimen pagi2 rusa2 ni tgh dok berlonggok kat bawah pokok tepi pagar. cemana laaleh terlepas siap berenang dalam kolam baru tu keeke
Quote chinta89 20-4-2017 02:54 PM
amboi kemain ko mandi dlm tu ye
Quote rosasa 20-4-2017 02:57 PM
comelnya alahai berenang2
Quote cheergirlz 20-4-2017 08:21 PM
cmna bole terlepas.. tp y pst mmg byk laa rusa kat sna..cma x d jual....time event tertentu jer sembelih rusa...
Quote mirandanicky1 20-4-2017 11:29 PM
Comelnya rusa sesat la tu
Quote GegarVaganja 20-4-2017 11:34 PM
Macam comel pulak Ganja tgk rusa tu bermandi manda

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top