CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6068|Reply: 73

[Tempatan] Rejim DAPigs semakin biadap, guna BI di Parlimen, Melayu semakin tertekan!

[Copy link]
Post time 19-11-2015 07:53 AM | Show all posts |Read mode

                                                                                                                                                                                                     
  Tiada alasan guna BI        
  Ibarat menegakkan kebanggaan palsu      
MOHAMAD HARITH 
MOHAMAD NIZAR   19 November 2015 12:57 AM        
                                         
KUALA LUMPUR 18 Nov. -  Tiada alasan dalam kalangan ahli Parlimen menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu tanpa sebab ter­tentu.

                  RAIS YATIM

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, beliau melihat tindakan Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada DAP, Chong Chieng Jen berucap dalam bahasa Inggeris ketika sidang Dewan Rakyat semalam sebagai satu langkah merendahkan martabat negara dan menegakkan kebanggaan palsu.
“Beliau tinggal di Malaysia, oleh itu tentunya beliau sedia maklum dengan bahasa kebangsaan. Jika bertegas juga untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka orang seperti ini perlu bersedia untuk turun (meletakkan jawatan) sebagai Ahli Parlimen,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kejadian kecoh dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, apabila Chieng Jen tetap bertegas mahu menggunakan bahasa Inggeris ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri walaupun me­nyedari bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dalam Dewan Rakyat.

Chieng Jen yang sebelum itu memulakan ucapannya dalam bahasa Melayu sebelum beralih kepada bahasa Inggeris telah ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Sementara itu, Rais turut menasihati Ronald supaya bersikap tegas dan tidak terkesan serta luntur semangat akibat tindakan Ahli Parlimen yang sengaja melakukan kekecohan dalam persidangan Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Yahaya Ibrahim membidas tindakan Chieng Jen itu kerana biadab dengan melanggar peraturan.

“Pada pendapat saya, beliau tidak layak untuk menjadi seorang Ahli Parlimen jika tidak mampu menguasai bahasa Melayu selaku bahasa Kebangsaan dan perkara ini merupakan asas sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Jelas sekali beliau tidak mempunyai jati diri Malaysia apabila tidak berkebolehan serta tiada usaha untuk menggunakan bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi perkara asas untuk sesiapa bertanding dalam pilihan raya di mana-mana peringkat,” katanya.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong juga tidak bersetuju dengan tindakan Chieng Jen itu kerana perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Penggunaan bahasa Inggeris hanya dibolehkan jika menggunakan terma teknikal dan ungkapan tertentu sahaja seperti di negara-negara lain, tetapi jarang sekali bahasa kebangsaan diketepikan.

“Jelas sekali perlakuan tersebut seolah-olah mahu menegakkan bahasa Inggeris dan secara tidak langsung menunjukkan tiadanya semangat kebangsaan dalam diri individu terbabit,” katanya.




- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IOrWoCUR.dpuf

               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 08:06 AM | Show all posts
TASKA CINA, TADIKA CINA, SRJK CINA, SMJK CINA,...CAMNA NAK FASIH BM.





Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:12 AM | Show all posts








anak pak Yatim ni kan loyar
dr pulak tu
baca saja lah

CM Sarawak baru buat announcement bukan
untuk mengguna BI sebagai bahasa rasmi kerajaan negeri disamping bahasa melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2015 08:14 AM | Show all posts
nak guna BI di aprlimen kena dapat kebenaran speaker..kan dah jelas dalam peraturan parlimen...

bodoh sngat ker depa ni tak pandai BM?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bajet ke hulu bajet ke hilir last last marah orang speaking
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:30 AM | Show all posts
semakin hari semakin terserlah sikap mereka nih kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2015 08:38 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:45 AM | Show all posts
inb4 cakap English pun terkial-kial...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 08:51 AM | Show all posts
KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.


KM DAPig ni lg kuang ajar...nak jadikan english bhs perantaraan terussss..kita bako! kita bako!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:52 AM | Show all posts
MELAYU TERTEKAN ??

apahal lak melayu nak tertekan.. tajuk kalau tak macam sial tak sah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:53 AM | Show all posts
melayu asih gaduh.....dah jadi penakut....kena panggil pandikar dulu..halau...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni memang jenis tak faham bahasa kata orang tak reti bahase...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by |-0-| at 19-11-2015 09:00 AM



@mamaque Bodoh. Pehal pula melayu nak tertekan ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:14 AM | Show all posts
aku x setuju dengan tajuk
tapi aku setuju dgn rais yatim
apa guna peraturan kala ko nak bercakap ikot suke hati
susah sgt ke nak ckp melayu
sebelum tu pon dia ckp melayu kan??
speaker tdo ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:19 AM | Show all posts
altimi replied at 19-11-2015 08:45 AM
inb4 cakap English pun terkial-kial...

Nampak macam itu cina jer tertekan. Nak cakap bahasa inggeris di parlimen ....terus kena kacau
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:21 AM | Show all posts
"Rejim dapigs" ? Nyanyok hape ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 09:22 AM | Show all posts
nanti johor nk guna bahasa johor sebagai bahasa rasmi mcm mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:22 AM | Show all posts
bit replied at 19-11-2015 08:29 AM
Bajet ke hulu bajet ke hilir last last marah orang speaking

ntah.dasar munafik.dulu elok2 guna belanjawan...gi tukar.mmg bajet bodoh puak2 neh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:25 AM | Show all posts
Orang sarawak pun rata rata berterabur gak bahasa inggeris mereka. Apake bongok mau guna bahasa inggeris lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa melayu ke bahasa Malaysia?  Bukan mp dari Borneo boleh berhujah dlm bahasa inggeris kt parlimen tanpa sekatan, mengikut perlembagaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.362856 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list